Page 442 - JALAN PULANG
P. 442

kumpulan senjata tikam yang utama berbanding dengan senjata-senjata

                   yang lain.” Aku merancakkan lagi perbualan.





                          “Saya ada membuat kajian tentang keris.”




                          “Apa  yang  Encik  Talib  dapat?”  aku  menyoalnya  dengan  penuh

                   minat sambil membetulkan duduk.




                          “Banyak.  Keris  memainkan  peranan  yang  khusus  dan  penting


                   dalam masyarakat Melayu. Ia bukan sahaja digunakan sebagai senjata

                   semata-mata. Hakikat ini jelas dapat dibuktikan kerana terdapat banyak


                   senjata  yang  dianggap  mempunyai  kuasa  magik  dan  keramat  yang

                   harusnya  dihormati  di  kawasan  Nusantara  terutamanya  di  Indonesia.


                   Misalnya  Rencong  di  Aceh,  Mandau  di  Kalimantan  dan  Badik  di

                   Sulawesi  Selatan.  Fenomena  ini  akan  menjadikan  seseorang  akan


                   berasa  selamat  apabila  membawa  senjata  seumpama  ini  dalam  hidup

                   atau  perjalanannya.”  Dia  memberikan  penerangan  dengan  panjang


                   lebar.




                          Hebat! Senjata-senjata ini pada asalnya merupakan sesuatu yang


                   disebut  sebagai  senjata  menikam.  Tetapi  lama-kelamaan  dalam

                   perkembangan  mutakhir  akibat  daripada  berbagai-bagai  faktor  seperti

                   keadaan geografi serta pengaruh lingkungan, maka timbullah perbezaan





                                                             442
   437   438   439   440   441   442   443   444   445   446   447