Page 463 - JALAN PULANG
P. 463

meminang, istiadat  pertunangan, menghantar belanja dan  akad nikah,

                   mengasah gigi, berinai iaitu berinai curi dan berinai besar, bersanding,


                   mandi limau serta akhir sekali bertandang,” tambahnya lagi.




                          “Dari  segi  agama  pula,  upacara  perkahwinan  yang  sebenar


                   bermula dengan upacara akad nikah yang lazimnya diadakan di rumah

                   pengantin  perempuan.  Akad  nikah  ini  diadakan  berlandaskan  kepada


                   hukum  syarak  dan  setelah  upacara  ini  sempurna  maka  baharulah

                   kedua-dua pengantin itu sah dari segi hukum syarak sebagai suami dan


                   isteri.”




                          “Saya  pernah  mendengar  perkataan  itu.  Tapi,  saya  kurang  jelas

                   apa  maksudnya  hukum  syarak  dalam  upacara  perkahwinan  orang


                   Melayu,” akui Frank meminta penjelasan daripadaku.




                          “Mengikut  hukum  syarak,  terdapat  5  rukun  nikah  yang  mesti

                   dipatuhi.  Pertama,  pengantin  lelaki,  kedua,  pengantin  perempuan,


                   ketiga,  seorang  wali  bagi  pihak  pengantin  perempuan,  keempat,  dua

                   orang saksi dan yang kelima ijab dan qabul.”





                          “Oh,  begitu!”  dia  mengangguk-anggukkan  kepala  sebagai  tanda

                   faham dengan penjelasan yang telah kuberikan.








                                                             463
   458   459   460   461   462   463   464   465   466   467   468