Page 465 - JALAN PULANG
P. 465

“Benar.”




                          “Apa tujuannya?” dia pantas mencelah.




                          “Tujuannya  ialah  untuk  mengusik-usik  rombongan  pengantin


                   lelaki supaya menjadi lebih meriah dan mesra.”




                          “Jadi,  setelah  syarat-syarat  atau  halangan-halangan  ini  dilalui,

                   maka baharulah pengantin lelaki didudukkan bersanding di sisi kanan


                   pengantin perempuan sebagai Raja Sehari.”




                          “Tepat sekali. Semasa majlis bersanding inilah saudara-mara dan

                   sahabat  handai  akan  tampil  seorang  demi  seorang  ke  kaki  pelamin


                   untuk  merenjiskan  air  mawar  serta  menabur  beras  kunyit  kepada

                   kedua-dua  mempelai.  Kemudiannya  mereka  akan  diberi  sebiji  atau


                   setangkai bunga telur,” ujarku lagi.




                          “Barulah  saya  faham  dengan  tablo  yang  dipamerkan  di  Balai

                   Kebudayaan tadi,” kata Frank sambil tersenyum puas.





                          “Kenapa awak tak tanya saya?”










                                                             465
   460   461   462   463   464   465   466   467   468   469   470