Page 466 - JALAN PULANG
P. 466

“Saya sebenarnya asyik memerhatikan pakaian yang dipakai oleh

                   pengantin lelaki dan pengantin perempuan.”





                          “Pengantin  lelaki  memakai  Tengkolok  Sering  yang  berasal  dari

                   Patani.  Baju,  seluar  dan  kain  sampinnya  ditenun  di  Negeri  Kelantan.


                   Manakala  corak  sanggul  emas,  kilat  dahi  emas,  dokoh  dan  pakaian

                   pengantin perempuan pula mengikut gaya pakaian istana Perak dalam


                   tahun 1880-an,” terangku pada Frank.




                          “Bilangan mata tangga atau tingkat pelamin yang disusun dengan

                   angka  ganjil  juga  merupakan  salah  satu  daripada  cirri  yang  menarik


                   dalam istiadat perkahwinan Melayu.”




                          “Kenapa awak kata begitu?” Giliranku pula menyoal Frank.




                          “Ia tertakluk kepada kedudukan pengantin berkenaan, tiga tingkat

                   untuk  orang  kebanyakan,  lima  tingkat  untuk  orang-orang  bangsawan


                   dan tujuh tingkat untuk keluarga Diraja,” jawabnya dengan suara yang

                   lancar tanpa tersekat-sekat.





                          “Saya     benar-benar       kagum       dengan      awak,     Frank.”      Aku

                   menghamburkan kata-kata pujian kepada Frank.








                                                             466
   461   462   463   464   465   466   467   468   469   470   471