Page 459 - JALAN PULANG
P. 459

30




                                             BARAT DAN BUDAYA MELAYU




                          “Saya benar-benar tertarik dengan negara Malaysia. Ia mempunyai


                   sejarah dan kebudayaan yang luas dengan berbagai unsur luar seperti

                   Islam,  Paganisme,  India,  Cina  dan  juga  Eropah  di  mana  tiap-tiap


                   satunya telah meninggalkan beberapa kesan yang boleh dikenali sebagai

                   warisan oleh semua masyarakat di negara ini,” kata Frank yang berasal


                   dari  Australia  sebaik-baik  sahaja  selesai  melawat  Balai  Kebudayaan

                   yang  terdapat  di  Muzium  Negara.  Dia  baru  sahaja  sampai  ke  Kuala


                   Lumpur semalam atas undanganku.




                          Dia amat fasih sekali berbahasa Melayu. Aku mula mengenalinya

                   semasa  sama-sama  menuntut  di  Universiti  Harvard,  Amerika  Syarikat.


                   Seperkara lagi yang menarik tentang Frank ialah beliau amat berminat

                   sekali  mengkaji  warisan  sejarah  dan  kebudayaan  yang  terdapat  di


                   negara ini.




                          “Walaupun  agama  Islam  diiktiraf  sebagai  agama  rasmi  Malaysia,


                   agama  lain  boleh  dianuti  dengan  bebasnya  oleh  masyarakat  seperti

                   Cina, India dan lain-lain lagi,” balasku pula.








                                                             459
   454   455   456   457   458   459   460   461   462   463   464