Page 461 - JALAN PULANG
P. 461

“Sekarang  awak  buat  kajian  tentang  apa?”  aku  menyoalnya  lagi

                   dengan penuh minat sambil menyedut sedikit air Milo Ais. Frank pula


                   memilih minuman kegemarannya iaitu Fresh Orange.




                          “Budaya hidup orang Melayu,” jawab Frank yang turut menyedut


                   sisa-sisa air Fresh Orange yang masih tinggal sedikit sahaja lagi.




                          “Apa yang awak kaji?”




                          “Istiadat perkahwinan orang Melayu,” balas Frank yang berambut

                   perang dan berkulit putih itu.




                          “Kenapa  awak  begitu  berminat  sekali  untuk  mengkajinya?”  aku


                   tak putus-putus menyoal Frank.




                          Di  luar  cuaca  memang  panas  sekali  sejak  akhir-akhir  ini. Hujan

                   pun sudah lama tidak turun. Daun-daun serta rumput yang berwarna


                   hijau telah bertukar menjadi perang akibat cuaca yang panas terik.




                          “Bagi  saya  istiadat  perkahwinan  orang  Melayu  sungguh  unik


                   sekali kerana ia berdasarkan kepada prinsip-prinsip agama Islam yang

                   diadun dan dipersuaikan dengan kebudayaan tradisional Melayu.”








                                                             461
   456   457   458   459   460   461   462   463   464   465   466