Page 44 - Buku Pengurusan Sekolah 2022
P. 44
3. TUGAS-TUGAS LAIN
3.1 Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari semasa
ke semasa.
3.2 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberi oleh Guru Besar dari
semasa ke semasa.
PENOLONG KANAN PETANG
Penolong Kanan Petang bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai matlamat Dasar
Pendidikan Kebangsaan. Guru Penolong Kanan Petang juga bertanggungjawab mentadbir sekolah
sesi petang.
1. BIDANG TUGAS
1.1 Menjalankan tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar, Penolong Kanan
Pentadbiran, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah.
1.2 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
1.3 Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam mentadbir semua aspek pengurusan
sekolah bagi sesi petang.
1.4 Membantu mengeratkan hubungan di antara guru-guru sesi pagi dengan sesi petang.
1.5 Membantu Guru Besarmenyelia pengajaran dan pembelajaran.
1.6 Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
2. SENARAI TUGAS
2.1 KURIKULUM
2.1.1 Membantu di dalam hal pengajaran dan pembelajaran bagi sesi petang.
2.1.2 Menyusun jadual waktu kelas serta menyediakan jadual waktu gantian.
2.1.3 Menyelaras penggunaan Pusat Sumber, program televisyen, radio dan
sebagainya.
2.1.4 Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan kelas-kelas bimbingan
dan pemulihan.
2.1.5 Menyelaras di dalam pengurusan ujian dan peperiksaan sekolah
2.2 KOKURIKULUM
2.2.1 Menyelaras kegiatan pakaian seragam, persatuan, kelab dan permainan bagi sesi
petang.
2.3 DISIPLIN, BIMBINGAN DAN KAUNSELING
2.3.1 Menyelaras semua jenis tindakan disiplin.
2.3.2 Menyelaras aktiviti bimbingan dan kaunseling.
2.3.3 Melaksanakan peraturan-peraturan dan undang-undang sekolah serta mengawas
keselamatan murid sesi petang.
2.4 KESELAMATAN
2.4.1 Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah
sentiasa dilaksanakan.
2.5 PENTADBIRAN
2.5.1 Merekod segala jenis cutiyang diambil oleh guru-guru sesi petang.
2.5.2 Menyelaras pungutan yuran, derma dan jenis-jenis lain pungutan yuran.
2.5.3 Menyelaras kerja-kerja kakitangan pejabat dan pekerja am sekolah pada sesi
petang.
2.5.4 Membantu merancang takwim sekolah.
2.5.5 Membantu merancang penyediaan anggaran belanjawan tahunan sekolah.
2.5.6 Menyemak buku kedatangan murid-murid sesi petang.
2.5.7 Mengurus hal-hal kemasukan dan pertukaran murid sesi petang.
| 38

