Page 58 - Buku Pengurusan Sekolah 2022
P. 58
19.1 Semua pelawat dimestikan berjumpa dengan Guru Besar / Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru
tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual kecuali dengan
kebenaran Guru Besar atau wakilnya.
20. MEMBELI BARANG
20.1 Guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran dengan menggunakan borang yang
boleh diperolehi di pejabat.
20.2 Borang itu mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia/ Penolong Kanan sebelum
diluluskan oleh Guru Besar.
20.3 Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan.
20.4 Semua invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok
dengan kemas.
21. KEGIATAN KOKURIKULUM
21.1 Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah
dijalankan dengan cekap dan teratur.
22. PERHIMPUNAN SEKOLAH
22.1 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa-masa dan hari-hari yang
ditetapkan.
22.2 Guru lelaki dikehendaki memakai tali leher dan kemeja lengan panjang.
22.3 Guru akan bersama-sama murid menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah.
23. MESYUARAT SEKOLAH
23.1 Dari semasa ke semasa Guru Besar akan memanggil mesyuarat guru. Kedatangan semua guru ke
mesyuarat adalah diwajibkan.
23.2 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Kanan/ Guru Ketua Panitia.
24. BUKU STOK INVENTORI
24.1 Guru Kanan atau Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok/inventori dan
memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa
dikemaskini. Buku ini akan disemak dari semasa ke semasa oleh Guru Besar/ Penolong Kanan.
25. TANDA NAMA
25.1 Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan , majlis rasmi di sekolah / di
luar sekolah.
26. KEAHLIAN KELAB GURU / PIBG
26.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG sekolah.
26.2 Jumlah yuran kelab guru tertakluk kepada mesyuarat sekolah.
27. PENGGUNAAN ALAT-ALAT
27.1 Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan.
27.2 Mesti mendapat kebenaran Ketua-Ketua Bahagian atau Penjaga Stok.
27.3 Bertanggungjawabmenggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera
serta berkeadaan baik.
28. ARAHAN DAN PEKELILING
28.1 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah dibaca dengan teliti dan
dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.
28.2 Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah disimpan dalam fail khas.
28.3 Sekiranya pekeliling itu daripada Kementerian / Jabatan Pendidikan / PPD guru hendaklah
mengembalikan dengan segera ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil.
| 52

