Page 55 - Buku Pengurusan Sekolah 2022
P. 55
4.3 Cuti Tanpa Gaji
4.3.1 Mengikut Perintah Am Bab C Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebab-sebab
persendirian yang mustahak.
4.3.2 Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi hanya selepas habis
semua cuti rehatnya.
4.3.3 Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi
tidak melebihi 180 hari.
4.3.4 Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan ke luar negara hanya boleh diambil sekali dalam tempoh 4
tahun
4.3.5 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan Pengarah
Pendidikan Negeri. Cuti yang mebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri 10
minggu sebelum tarikh mula bercuti.
4.4 Cuti Sambilan
4.4.1 Cuti Sambilan ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.
4.4.2 Cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab-sebab kecemasan dan upacara
agama bagi tempoh tujuh hari dalam setahun.
4.4.3 Garis panduan pemberian cuti sebanyak tidak melebihi 10 hari dalam satu tahun yang
layak diberi kepada guru-guru dalam penggal-penggal persekolahan seperti yang
diperbekalkan dalam Pekeliling Perkhidmatan berkenaan.
4.4.3.1 Menziarahi ahli keluarga dan sanak saudara rapat yang sakit tenat atau meninggal
dunia
4.4.3.2 Mengiringi ahli keluarga untuk mendapatkan rawatan
4.4.3.3 Menghadiri upacara keagamaan
4.4.3.4 Dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran,
banjir dan sebagainya
4.4.3.5 Menghadiri majlis konvokesyen bagi guru atau ahli keluarga
4.4.3.6 Mendaftar anak ke sekolah atau institusi pengajian tinggi (di dalam atau di luar
negara)
4.4.3.7 Menunaikan fardhu haji sekiranya tempoh 40 hari tidak mencukupi
4.4.3.8 Menghadiri kursus suai kenal bagi kursus luar kampus
4.4.3.9 Perkahwinan guru atau anak guru tesebut
4.4.4 Pemberian cuti sambilan ini hendaklah dihadkan kepada guru-guru sahaja dan hendaklah
diberi atas sebab-sebab yang dinyatakan dipara 4.4.3.1 hingga 4.4.3.8 diatas. Guru Besar
adalah diberi kuasauntuk meluluskan cuti ini dan pemberian ini hendaklah dikawal dan
tidak diberi dengan sewenang-wenangnya. Pemberian cuti ini bagi sesuatu upacara atau
perayaan keagamaan hendaklah jangan sampai melumpuhkan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Bagi para 4.4.3.7, Guru Besar menentukan hanya temuduga
kenaikan pangkat/ perlantikan dalam Perkhidmatan Perkhidmatan, Kementerian
Pendidikan Negeri sahaja yang boleh diberi cuti sambilan ini.
4.5 Cuti ke Luar Negara
4.5.1 Semua guru yang hendak bercuti ke Luar Negara mesti mendapat kelulusan dari Jabatan.
Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat selewat-lewatnya 4 minggu sebelum
tarikh bercuti.
5. SIJIL PENDAFTARAN GURU / PERMIT MENGAJAR / BUKU BIRU
5.1 Semua guru yang mengajar perlu mempunyai permit mengajar yang diperbaharui setiap tahun.
5.2 Guru yang mempunyai Sijil Pendaftaran Guru/ Buku Biru hendaklah mengemaskannya.
| 49

