Page 56 - Buku Pengurusan Sekolah 2022
P. 56
6. PAKAIAN
6.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur.
6.2 Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan.
6.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang sesuai.
6.4 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai.
6.4.1 Guru perempuan – seluar trek/ panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan, baju trek,
kasut sukan atau getah tanpa tumit.
6.4.2 Guru lelaki- seluar pendek, seluar trek atau seluar panjang yang sesuai. Kemeja T, kemeja
sukan, baju trek atau jersi. Kasut sukan atau getah tanpa tumit.
7. PERHUBUNGAN SESAMA GURU
7.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama guru
dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka. Juga diharapkan akan dapat mewujudkan
perasaan kekitaan.
7.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/ fahaman/ pendapat
kepercayaan kepada guru ataupun murid atau staf sokongan yang lain.
7.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosial
ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.
8. BILIK GURU
8.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini termasuk
keselamatan harta benda di dalam bilik guru.
8.2 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap
sebagai ‘non- teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu semua guru hendaklah
menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan pengajaran dan
pembelajaran sahaja.
8.3 Guru tidak digalakkan membenarkan murid berada di bilik guru.
8.4 Guru yang berada dibilik guru hendaklah bersama-sama bertanggungjawab memastikan suasana
yang sesuai dan tidak menganggu ketenteraman mana-mana pihak.
9. PERJAWATAN DAN PENGAJARAN
9.1 Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan mereka boleh berurusan
dengan Pembantu Tadbir/ Guru Besar.
9.2 Guru yang menghadapi masalah dibidang pengajaran boleh berurusan dengan Guru Ketua Panitia
atau Penolong Kanan.
10. TUGAS
10.1 Guru-guru akan diberikan tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum dan pentadbiran, mereka mesti
melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan tanggungjawab.
10.2 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/ arahan misalnya menghadiri mesyuarat,
pergi ke Jabatan Pendidikan atau pergi ke sekolah lain, guru hendaklah mengambil tindakan
sendiri. Guru yang di tugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa
pengetahuan Guru Besar. Jika tugas itu terpaksa dijalankan oleh pihak lain atas persetujuan
sesama sendiri, maka ia mesti sampai ke pengetahuan Guru Besar.
11. BUKU REKOD MENGAJAR
11.1 Setiap guru akan diberi sebuah Buku Rekod Mengajar dan bertanggungjawab terhadap
keselamatan buku tersebut. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan
lengkap. Buku ini hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari Jumaat untuk di semak dan
ditandatangani oleh Guru Besar/ Penolong Kanan.
11.2 Jika seseorang guru bercuti, guru tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan.
11.3 Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun persekolahan.
| 50

