Page 53 - Buku Pengurusan Sekolah 2022
P. 53
1.5 Membantu memilih dan menyediakan Bahan Bantu Mengajar serta peralatan yang sesuai
dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid-murid prasekolah.
1.6 Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid-murid
prasekolah sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-murid
berkenaan di bawah jagaannya.
1.7 Memberi bantuan kepada murid-murid prasekolah serta mendampingi mereka semasa
menjalankan aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif.
1.8 Membantu guru prasekolah dalam penyediaan pengajaran dan pembelajaran prasekolah.
3. Urusan penyediaan makanan/mengemas/ membersih.
2.1 Menyedia dan menghidangkan makanan dan minuman yang bersih, berzat dan seimbang
bagi murid-murid prasekolah.
2.2 Mengemas dan membersihkan perkakas seperti pinggan, piring, cawan ,peralatan dapur,
mangkuk, cerek, peti sejuk dan sebagainya.
2.3 Menyedia dan mengemaskan bilik darjah dan bilik-bilik atau ruang yang lain sebelum dan
selepas kelas termasuk menyapu, mengunci kelas dan menjaga kebersihan bilik darjah
dan ruang-ruang lain.
2.4 Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alat dan bahan-bahan
pengajaran di dalam kelas.
4. Urusan menjaga Hal Ehwal Murid prasekolah.
4.1 Melayani kerenah murid-murid prasekolah dan menolong memastikan murid-murid
berkenaan sentiasa berkeadaan bersih.
4.2 Berusaha untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid prasekolah dari
segi tingkah laku, tutur Bahasa dan kekemasan diri.
4.3 Menyambut kedatangan murid-murid prasekolah semasa menghadiri kelas dan juga
memastikan murid-murid berkenaan keluar kelas dalam keadaan selamat.
4.4 Membantu murid-murid prasekolah ke tandas sekiranya perlu dan membantu
memerhatikan murid-murid berkenaan sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih.
4.5 Membantu guru prasekolah menjaga keselamatan alatan dan kemudahan prasekolah di
dalam dan di luar kelas.
4.6 Membantu mengawasi murid-murid prasekolah semasa ketiadaan guru prasekolah.
TUGAS PENGAWAL KESELAMATAN SEKOLAH
1. Melaporkan diri ke sekolah sekurang-kurangnya sepuluh minit sebelum waktu bertugas seperti yang
dijadualkan dan sentiasa berada di kawasan sekolah semasa bertugas
2. Menandatangani buku kedatangan sebaik sahaja sampai di sekolah dan sebelum pulang serta
meminta pengesahan daripada orang lain.
3. Membuat rondaan di kawasan sekolah dari semasa ke semasa dan mengunci jam jaga jika ada.
4. Membuat laporan mengenai kawasan sekolah seperti diperlukan dan menghubungi Guru Besar / polis
dengan segera jika berlaku kecurian atau kecemasan.
5. Memastikan semua bilik darjah dan bilik-bilik lain dikunci selepas waktu sekolah dan dibuka semula
pada hari sekolah sebelum meninggalkan kawasan sekolah setelah tamat masa bertugas jadual
tersebut.
6. Memastikan semua pintu/pagar dikunci selepas waktu sekolah dan pada masa cuti am/ cuti sekolah.
7. Membuka pintu pagar sebelum pulang pada hari sekolah.
8. Memastikan semua kunci sekolah disimpan dengan kemas dan selamat. Kehilangan kunci hendaklah
dilaporkan kepada Guru Besar dengan segera.
9. Memadam semua lampu sebelum meninggalkan kawasan sekolah selepas bertugas.
10. Memastikan tiada orang luar yang dibenarkan masuk ke kawasan sekolah kecuali dengan kebenaran
khas dari Guru Besar.
11. Mengawas murid / murid jemputan yang mengadakan aktiviti kokurikulum di luar waktu
persekolahan.
12. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar/ wakilnya dari semasa ke semasa.
| 47

