Page 57 - Buku Pengurusan Sekolah 2022
P. 57
12. JADUAL WAKTU
12.1 Guru darjah hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas
sendiri.
12.2 Guru tidak dibenarkan mengubah Jadual Waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran.
13. JADUAL KEDATANGAN MURID
13.1 Setiap Guru Darjah perlu mengisi kedatangan di dalam Sistem APDM kelas masing-masing. Guru
bertanggungjawab memasukkandan mengemakini maklumat-maklumat murid yang diperlukan
dan hendaklah memahami dan mematuhi pengisiaan di dalam Sistem e-kehadiran murid.
13.2 Kedatangan murid hendaklah diisi secara telus serta pada setiap hari oleh guru darjah pada hari
tersebut. Sekiranya Guru Darjah tidak hadir, Penyelaras Aliran bertanggungjawab mengisi di
dalam Sistem APDM.
13.3 Analisa kehadiran murid setiap bulan perlu dicetak dan diserahkan kepada PK HEM pada setiap
bulan. Murid yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut akan berselang seli dalam satu
minggu, ibu bapa/ penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis.
13.4 Analisis hendaklah dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh guru yang
bertanggungjawab
14. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
14.1 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sebaiknya dalam menjaga keselamatan harta benda
sekolah. Murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada secara sengaja atau tidak sengaja
hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah.
14.2 Ketua Panitia / Guru Kanan hendaklah memastikan peraturan-peraturan mengenai penggunaan
alat-alat bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain.
15. KEBERSIHAN
15.1 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas murid
hendaklah disediakan oleh guru darjah. Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan
rapi dan di simpan dengan selamat.
15.2 Guru Kanan / Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas / tempat khas
(bengkel, bilik kaunseling, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut.
15.3 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan murid.
16. SURAT-MENYURAT
16.1 Semua surat rasmi hendaklah dikirimkan melalui Guru Besar untuk disampaikan kepada pihak
berkenaan.
17. SURAT YANG DITERIMA
17.1 Ada surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedar kepada guru untuk diambil tindakan. Guru
berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap surat-surat tersebut.
17.2 Jika surat itu dituju kepada guru dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada Guru Besar, surat
itu boleh disimpannya sendiri setelah mengambil tindakan.
17.3 Jika surat itu dituju kepada Guru Besar dan Guru Besar mengedarkannya untuk tindakan guru
yang berkenaan, maka guru itu hendaklah:
17.3.1 Mengambil fail yang berkenaan di pejabat jika fail itu tidak ada dalam simpanannya.
17.3.2 Mengambil tindakan yang diperlukan.
17.3.3 Memulangkan fail itu semula ke pejabat.
18. PERGI KE JABATAN PENDIDIKAN / PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
18.1 Guru-guru tidak digalakkan pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah
untuk urusan peribadi.
19. PELAWAT
| 51

