Page 10 - Ebook Nota Motivasi 2.0
P. 10
6.PERCAYA SEBELUM BERJAYA
Sistem kepercayaan atau belief system.
Ianya adalah tentang apa yang kita fikirkan dan percayakan tentang
diri kita sendiri. Semakin banyak bukti kukuh untuk menyokong
kepercayaan, semakin kuat sistem kepercayaan kita itu.
Sistem kepercayaan itu umpama meja berkaki empat, hilang satu
maka meja itu kurang stabil dan seperti itulah sistem kepercayaan
dalam diri kita. Bagaimana nak mengukuhkan sistem kepercayaan
kita?
Pertama sekali, biasakan diri kita untuk sebut perkara yang positif.
Contohnya, “Saya kena sentiasa ceria, gembira dan bertenaga!”
Ayat ini untuk pasak minda kita dan sebagai penguat bagi
mengukuhkan sistem kepercayaan kita.
Kata pakar sains untuk mendapat lebih kesan dan otak akan terus
merakam perkataan, gantikan ‘saya’ dengan nama sendiri. Seperti,
“Hari ini, Khalil Ismail hebat, berjaya dan kaya!”
Kedua, mesti ada matlamat yang jelas dan spesifik. Nak tahu lagi
tentang matlamat, kena teruskan membaca kerana saya kongsikan
topik ini di halaman yang seterusnya.
Stay tune!
© Khalil Ismail

