Page 11 - Ebook Nota Motivasi 2.0
P. 11
7. MATLAMAT SEORANG PELAJAR
7. MATLAMAT SEORANG PELAJAR
Matlamat itu sangat penting. Ada tiga persoalan yang boleh
dikaitkan dengan matlamat iaitu;
1) MENGAPAKAH – mengapa kita perlu berjaya? Ada banyak
sebab nak berjaya. Antaranya nak sambung belajar ke luar
negara, nak banggakan emak ayah dan sebagainya. Ok
sekarang, ambil kertas dan tuliskan tentang perkara yang nak
kita capai. Kemudian tanya pada diri sendiri, mengapa kita
mahukan perkara tersebut?
2) BAGAIMANAKAH – bagaimanakah cara kita untuk mencapai
kejayaan tersebut? Soalan ini sangat penting dalam kita
merancang untuk berjaya iaitu tentang strategi, cara atau
kaedah. Kejayaan itu tidak datang secara kebetulan, kerana
ianya bermula dengan perancangan.
3) APAKAH – apakah yang kita dapat apabila impian itu tercapai?
Soalan ini ramai yang stuck. Sebab jawapan mereka untuk
soalan yang pertama dan kedua itu tidak jelas. Jangan risau.
Take your time! Ini bukan soalan KBAT, ini soalan tentang diri
anda.
Dah tuliskan dan dapat menjawab persoalan di
atas? Jadi, inilah BIG WHY kita dalam mencapai
matlamat. Faham ke faham? Nak tahu lagi? Sila
teruskan pembacaan anda dan ikut arahan yang
diberikan.
© Khalil Ismail

