Page 5 - Ebook Nota Motivasi 2.0
P. 5
3. BELAJAR DAN TERUS BELAJAR
Saya selalu bagi soalan trick pada adik-adik pelajar sekolah, “Subjek
apa yang paling bosan?” Macam-macam subjek yang saya dengar
antaranya Sains, Matematik, Sejarah, Kimia dan sebagainya. Pelikkan
kenapa banyak subjek kita yang rasa bosan? Sebenarnya, ilmu Allah
tidak pernah membosankan kita! Ilmu Allah tidak pernah wujud
perasaan tidak best! Kerana yang menyebabkan sesuatu ilmu itu
bosan ialah sebab diri kita sendiri. #Deep #Zapp. Haha!
Betul dik, jangan kita asyik nak salahkan orang lain bila kita tak dapat
apa yang kita nak. Berhenti sekejap. Tengok dan muhasabah semula
diri, dan tanya pada diri. Mengapa saya rasa bosan bila belajar? Jadi,
apa tindakan saya untuk memastikan bila berada di dalam kelas atau
waktu belajar saya tak rasa bosan? InsyaAllah pasti kita jumpa
jawapannya.
Saya sarankan sebelum kita belajar, mulakan dengan berdoa. Yang
muslim, boleh dahulukan dengan baca surah al-Fatihah dan
hadiahkan pada baginda Rasulullah ﷺ , emak ayah kita, dan guru-
guru kita. Amalkan juga baca surah al-Insyirah, moga jadi asbab hati
kita mudah terima ilmu nanti.
Pinjamlah sedikit masa kita sebelum mula belajar untuk berdoa. Tak
susah dan tak rugi pun. Sebab ilmu itu pun milik Tuhan. Yang
memberikan kita kefahaman itu juga pun dariNya.
© Khalil Ismail

