Page 7 - Ebook Nota Motivasi 2.0
P. 7

4. JIKA KAU FIKIRkan BOLEH




               Pernah adik-adik dengar lagu Fikirkan Boleh? Ini lagu motivasi yang


               oldschool. Saja saya nak kongsi sedikit liriknya.
                                            Jika kau fikirkan kemenangan
                                                 Kau hampiri kejayaan


                                              Engkaulah apa kau fikirkan
                                             Terkandung dalam pemikiran
                                                Berfikir boleh melakukan
                                                      Fikirkan boleh



               Penulis lirik beritahu, jika kita fikir menang kita menghampiri kejayaan.
               Kita  ialah  apa  yang  kita  fikirkan.  Mendalam  makna  lirik  ini.  Tuhan
               jadikan  manusia  cukup  hebat  sebab  adanya  akal  berbanding

               haiwan yang  tiada akal. Akal itu untuk berfikir. Jika adik-adik  biasa
               baca  terjemahan  ayat  Al-Quran,  banyak  ayat  yang  memberitahu

               seperti  begini  “Allah  ciptakan  sesuatu  itu,  untuk  kamu  (manusia)
               berfikir.”




               Fikiran ialah perkara yang kita bayangkan atau gambarkan dalam

               minda kita. Kenapa ada orang takut dengan hantu? Sebab dalam
               fikiran,  dia  menggambarkan  hantu  itu  sesuatu  yang  menyeramkan

               dan  menakutkan.  Sekarang,  bayangkan  dalam  fikiran  kita  tentang
               kejayaan.  Rasakan  detik-detik  kegembiraan  bila  kita  dapat  naik

               pentas  Anugerah  Pelajar  Cemerlang  di  sekolah  dan  kita  boleh
               dengarkan  ramai  kawan  dan  guru  sedang  bertepuk  tangan  serta
               bersorak untuk kita. Best kan?


               Mulai  saat  ini,  fikirkan  yang  baik-baik  dan  positif  sahaja.  Yang  nak
               berjaya, diri kita. So teruskan dalam landasan kejayaan.





                                          ©         Khalil   Ismail
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12