Page 2 - Ebook Nota Motivasi 2.0
P. 2

MUKADIMAH




               Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

               Terima kasih kerana memiliki ebook ini yang relevan dan sesuai untuk
               semua yang bergelar pelajar. Ini adalah ebook saya yang kedua dan

               hasil  gabungan  daripada  ebook  pertama  iaitu  ‘Inspirasi  Pelajar
               Cemerlang’. Tujuan saya hasilkan ebook ini kerana mahu membantu

               seberapa ramai yang boleh pelajar di luar sana untuk meningkatkan
               semangat motivasi mereka.


               Sebelum itu, pernah adik-adik cari maksud motivasi dalam kamus?

               Tak pernah? Baik, tak apa. Biar saya beritahu. Menurut kamus Dewan
               Bahasa  dan  Pustaka;  motivasi  bermaksud  “sesuatu  yang  membuat

               atau  mendorong  seseorang  berusaha  atau  melakukan  sesuatu
               dengan  penuh  minat.”  Motivasi  ini  berasal  daripada  perkataan

               bahasa inggeris iaitu  ‘motivation’  yang  merupakan  gabungan  dua
               perkataan iaitu ‘motive’ dan ‘action’.




               ‘Motive’  iaitu  motif  atau  sebab  kita  melakukan  sesuatu  perkara
               tersebut.  Manakala,  ‘action’  ialah  tindakan  yang  kita  buat  untuk
               mendapatkan sesuatu perkara.



               So, are you ready to motivate yourself?
               Sila  teruskan  bacaan  ebook  “Nota  Motivasi  Buat

               Pelajar”  dan sebarkan manfaatnya  bersama kawan-
               kawan yang lain. 






                                                                                   Khalil Ismail
                                               Professional Motivator Malaysia



                                          ©         Khalil   Ismail
   1   2   3   4   5   6   7