Page 4 - Ebook Nota Motivasi 2.0
P. 4
2. MEMILIH UNTUK BERJAYA
Setiap orang berhak untuk memilih dan pastikan pilihan itu
berdasarkan citarasa atau apa yang kita sukakan. Ada orang kata,
orang yang suka memilih ini orangnya jenis cerewet. Mungkin ya atau
mungkin tidak. Namun dalam misi kita untuk berjaya ini ianya
bukanlah sesuatu yang cerewet. Kerana untuk menjadi orang yang
cemerlang itu sebenarnya pilihan kita.
Andai kita lebih gemar membuang masa dan malas untuk
mengulangkaji pelajaran, maka kita sebenarnya sedang memilih
untuk gagal dan begitulah
sebaliknya. Ingat! Bila kita
bergelar sebagai pelajar
maka tugas kita memang
untuk belajar dan menuntut
ilmu.
Oleh itu, buatlah pilihan
yang terbaik dalam siri
kehidupan kita. Sebab
kejayaan itu bukan datang
secara kebetulan namun ianya datang dengan perancangan. Jadi
yakin dan percayalah, kita hanya satu sentimeter saja untuk
menghampiri kepada kejayaan.
Pilihan di tangan anda! Pilihlah untuk menjadi orang cemerlang.
Sebut dalam diri kita kuat-kuat, “CEMERLANG ITU, HAK SAYA!”
© Khalil Ismail

