Page 3 - Ebook Nota Motivasi 2.0
P. 3

1. PELUANG : AMBIL ATAU TINGGALKAN!


               Take it or leave it! Ini ungkapan biasa dalam bahasa inggeris bila kita
               berbicara  tentang  peluang.  Adik-adik,  peluang  ini  sebenarnya

               datang  kepada  kita  hanya  sekali  sehaja.  Yakin  dan  percayalah
               peluang yang pertama tidak akan sama seperti peluang yang kedua.


               Katakanlah tiba-tiba suatu hari, datang seorang artis yang terkenal
               dan kebetulan kita pun minat dengannya. Artis itu ajak kita makan

               tengah hari bersamanya di sebuah restoran hotel 5 bintang. Agak-
               agak apa respon kita? Nak beritahu,  “ok tak apalah…terima kasih,

               saya  malulah.”  Atau  nak  follow  artis  tersebut  dan  makan
               bersamanya? Sudah semestinya, kita nak follow dan makan bersama

               idola kita kan. Setuju?


               Di sini saya nak ringkaskan bahawa peluang ini ibarat perkara yang
               best dan seronok yang orang lain nak beri pada kita. Dan perkara

               tersebut  sudah  semestinya  bernilai  dan  rugi  jika  kita  lepaskan  atau
               tinggalkan.  So  samalah  juga  bila  kita  sedang  menuntut  ilmu  dan
               belajar dalam kelas, kita sebenarnya sedang mengambil peluang nak

               berjaya.  Ada  orang  beruntung  dapat  belajar  dengan  guru

               berpengalaman, penanda kertas dan sebagainya tetapi tidak mahu
               ambil peluang belajar sungguh-sungguh dengan cikgu itu. Ada juga
               yang  emak  ayah  keluarkan  duit  untuk  hantar  kita  belajar  di  pusat

               tuisyen  tapi  kita pula  sibuk  nak  cari  awek/pakwe  sekolah lain.  Rugi
               ooii!!


               Sedar  ataupun  tidak,  adik-adik  baca  ebook  saya  inipun  salah  satu

               peluang untuk kekal positif, bermotivasi dan berjaya. InsyaAllah moga
               jadi asbab kejayaan untuk semua. Nak tahu lagi apa yang boleh buat

               kita berjaya? Jom kita teruskan membaca.




                                          ©         Khalil   Ismail
   1   2   3   4   5   6   7   8