Page 10 - BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG SK TMN BUKIT SUBANG 2020
P. 10
5.2.4 Keputusan menolak usul sumbangan PIBG dikurangkan atau berubah dan
mengekalkan sumbangan PIBG sebanyak RM90.00 dengan syarat
memanjangkan tempoh bayaran ansuran.
5.2.4 Sumbangan PIBG bagi tahun 2019 berjumlah RM90.00 bagi setiap keluarga
telah dipersetujui dengan sebulat suara oleh ahli PIBG.
Pencadang: Encik Andersen Lega Rolf Kassim
Disokong: Encik Mohd. Radzi bin Hj Sa’eh
5.3 Usul 3 (Pihak SKTBS)
Mengusulkan cadangan untuk ibu bapa Tahun 6 menyumbang sebanyak RM250.00 bagi
menampung Program Peningkatan PPSR seperti yang telah dibentangkan dalam Program
Pemuafakatan Tahun 6 pada 12 Januari 2019.
5.3.1 Guru besar memaklumkan ibu bapa yang mempunyai anak-anak tahun 6 sudah
sedia maklum tentang usul di atas.
5.3.2 Banyak program untuk tahun 6 telah dirancang untuk dijalankan sepanjang tahun
2019.
5.3.3 Encik Azri memaklumkan bayaran ansuran boleh dibuat dan memohon sekiranya
ibu bapa mempunyai masalah boleh berhubung dengan pihak sekolah.
5.3.4 Usul telah dipersetujui dengan sebulat suara oleh ahli PIBG.
Pencadang: Encik Mohd. Radzi bin Hj Sa’eh
Disokong: Encik Nik Suhaimi bin Nik Haron
5.4 Usul 4 (Pihak SKTBS)
Mengusulkan cadangan untuk pembelian buku aktiviti bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris
Tahun 1, 2 dan 3 yang tiada dibekalkan oleh KPM seperti mata pelajaran teras yang lain.
5.4.1 Guru besar memaklumkan buku aktiviti bagi tahap 1 telah dibekalkan oleh KPM
kecuali buku aktivti bagi subjek Bahasa Inggeris.
5.4.2 Sekolah memohon semua murid membeli buku akviti yang berharga RM4.90
untuk tahun 1,2 dan 3.
5.4.3 Usul telah dipersetujui dengan sebulat suara oleh ahli PIBG.
Pencadang: Encik Mohd. Radzi bin Hj Sa’eh
Disokong: Encik Nik Suhaimi bin Nik Haron
5.5 Usul 5 (Mohd Emijefri bin Jaafar)
Galakkan anak-anak murid membaca buku demi kecemerlangan anak-anak murid semua.
5.5.1 Guru besar memaklumkan telah ada dalam perancangan NILAM sekolah, pada
setiap hari Rabu dan relief kelas setiap hari.
5.6 Usul 6 (Mat Zambri Ibrahim)
Rancang susunan jadual dan mata pelajaran supaya dapat mengurangkan beban berat beg untuk
pelajar.
5.6.1 Guru besar memaklumkan jadual waktu sekolah mengikut ketetapan jumlah
masa yang ditetapkan dalam pekeliling KPM.
9

