Page 11 - BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG SK TMN BUKIT SUBANG 2020
P. 11
5.7 Usul 7 (Aidi Rafidah Idris)
Keperluan almari (loker) untuk menyimpan buku di dalam kelas.
5.7.1 Guru besar memaklumkan loker tidak muat untuk diletakkan di dalam kelas
kerana saiz kelas yang kecil dan berkongsi kelas pagi dan petang.
5.8 Usul 8 (Mohd Norhafiz bin Abidin)
Waktu rehat dipanjangkan dari 20 minit ke 30 minit, ini kerana pelajar tidak sempat
menghabiskan makanan.
5.8.1 Guru besar memaklumkan cadangan ini akan memanjangkan waktu
persekolahan.
5.9 Usul 9 (Khairul Arif dan Halizan Onn)
Perbaiki tandas yang rosak, paip air dan kunci tandas supaya anak-anak murid senang dan
selesa menggunakan tandas.
5.9.1 Guru besar memaklumkan 90% tandas di SKTBS telah dibaik pulih. Kos baik
pulih adalah daripada PIBG.
5.10 Usul 10 (Mohd Syareli b Hussin)
Mencadangkan pihak sekolah mengkaji semula pengurusan kantin sekolah dari segi harga dan
jenis makanan yang dijual dan sebagainya.
5.10.1 Guru besar memaklumkan SKTBS telah mempunyai tender kantin yang baru dan
berkuat kuasa pada Januari 2019.
5.10.2 Harga dan jenis makanan yang dijual di kantin sentiasa dipantau oleh AJK
Kantin dan PK HEM.
5.10.3 Guru besar memaklumkan sebanyak 7 buah meja kantin telah ditambah
menggunakan duit PIBG.
5.11 Usul 11 (Khairul Anuar bin Md Isa)
Cadangan keceriaan kawasan sekolah:
Perlu dipertingkatkan (cat semula dinding, pokok hiasan/tanaman herba)
*dicadangkan penglibatan NGO/tajaan luar untuk program di atas.
5.11.1 Guru besar memaklumkan tanaman herba sedang diusahakan. Kos sebanyak
RM1000.00 untuk projek ini dibiayai oleh PIBG.
5.12 Usul 12 (Shafinaz Saleh)
Meletakkan anggota keselamatan (rela/polis bantuan) ketika waktu puncak untuk keselamatan
anak-anak di SKTBS.
5.12.1 Cadangan dari pihak sekolah untuk membuat laluan baru di padang sekolah
dengan laluan berbumbung.
5.13 Usul 13 (Hazley bin Yunus)
Ibu bapa yang menjemput/mengambil anak-anak tidak memberhentikan kenderaan berhampiran
pintu pagar murid hal ini menyebabkan kesesakan pada waktu puncak.
10

