Page 12 - BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG SK TMN BUKIT SUBANG 2020
P. 12
5.13.1 Guru besar berharap ibu bapa yang menghantar dan mengambil anak tidak
memakir di depan pintu pagar sekolah.
5.14 Usul 14 (Nasaruddin b Rahim Taslim)
Buat tabung kutipan mingguan setiap murid pada setiap hari Jumaat sebanyak RM0.10.
Galakkan untuk menyumbang jariah.
5.14.1 Penubuhan asal tabung infak ialah lebihan syiling dari murid-murid dimasukkan
ke dalam tabun infaq.
5.14.2 Objektif tabung infaq ialah syukur dan membantu murid dalam kesusahan, duit
tersebut akan disalurkan kepada murid-murid yang kematian ibu bapa.
5.14.3 Selain itu,pada setiap hari Jumaat ada Tabung Sebutir Benih di bawah Panitia
Agama Islam.
5.15 Usul 15 (Shafinaz Saleh)
Murid tahap 2 yang tidak pulang semasa aktiviti kokurikulum perlu dipantau kerana terdapat
murid yang berjalan ke tempat lain.
5.15.1 Pihak sekolah tidak membenarkan murid-murid keluar tetapi terdapat juga murid
yang keluar tanpa pengetahuan guru.
5.15.2 Kekurangan ruang rehat untuk murid-murid pada waktu senggang antara balik
sekolah dengan waktu kokurikulum, perlu ada tempat atau ruang untuk
menempatkan murid-murid memandangkan pertembungan masa antara murid
petang yang baru masuk sekolah.
5.15.3 Cadangan dari pihak sekolah untuk membuat gazebo atau wakaf antara kantin
dan dewan terbuka untuk murid-murid rehat.
5.16 Usul 16 (Hazley bin Yunus)
Kewajaran pihak sekolah mengagihkan borang pilihan untuk pelajar memilih aktiviti
kokurikulum tetapi murid diletakkan bukan pilihan yang dibuat.
5.16.1 Pembahagian unit kokurikulum telah dirombak dan diselaraskan mengikut
pilihan murid. 85% murid telah mendapat unit pilihan mereka, cuma sebahagian
murid terpaksa mengikut keperluan sekolah.
5.16.2 Guru besar memaklumkna pada setiap hari Sabtu ada aktiviti taekwando, tarian,
robotik, catur dan bola sepak. Ibu bapa boleh menghantar anak-anak untuk
menyertai aktiviti yang diadakan dengan yuran yang berpatutan.
11

