Page 9 - BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG SK TMN BUKIT SUBANG 2020
P. 9
4. MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN PIBG SESI 2018/2019
4.1 Encik Azri bin Ariffin selaku YDP meminta semua yang hadir menyemak penyata
kewangan 2018/2019 pada halaman 26-27.
4.2 Puan Zaiton binti Ibrahim selaku Bendahari PIBG membentangkan laporan
kewangan berakhir 31 Disember 2018.
4.3 Laporan kewangan berakhir 31 Disember 2018 dengan baki di bank sebanyak
RM17003.98 dan tunai di tangan sebanyak RM421.80. Untuk maklumat baki semasa
yang berakhir pada 31 Disember 2018 berjumlah sebanyak RM17425.78
4.4 Jumlah perbelanjaan dan pengeluaran adalah sebanyak RM10259.74 yang melibatkan
keceriaan dan baik pulih, perbelanjaan PIBG, Sumbangan, Kurikulum, Kokurikulum,
Hal Ehwal Murid, Hari Guru dan lain-lain perbelanjaan.
4.5 Mesyuarat mengesahkan dan menerima penyata kewangan PIBG 2018/2019
Pencadang: Encik Marwan Bin Yusof
Disokong: Puan Siti Umikalsum Binti Mohamed Akib
5. PEMBENTANGAN USUL DAN CADANGAN
5.1 Usul 1 (Nasaruddin bin Rahim Taslim)
Mengusulkan cadangan untuk mengadakan program seperti “Bacathon dan sebagainya bagi
mengumpul dana untuk menampung aktiviti PIBG dan sekolah.
5.1.1 Guru besar memaklumkan perlu ada kelulusan daripada PIBG
5.1.2 Encik Azri memberikan maklum balas prasarana sekolah sudah banyak yang
rosak dan tidak lengkap, PIBG perlu mencari dana dan memohon ibu bapa dapat
meluluskan usul 1.
5.1.3 Usul telah dipersetujui dengan sebulat suara oleh ahli PIBG.
Pencadang: Encik Mohd. Radzi bin Hj Sa’eh
Disokong: Encik Nik Suhaimi bin Nik Haron
5.2 Usul 2 (Siti Zailawati Mustapa)
Mengusulkan supaya yuran PIBG dikurangkan.
5.2.1 Guru besar memaklumkan 4 peruntukan yang akan dipotong oleh KPM iaitu
sukan, yuran aktiviti murid, kertas ujian dan kokurikulum, yang berjumlah
RM21.00 bagi seorang murid.
5.2.2 Sekolah memohon daripada PIBG untuk memberikan peruntukan untuk Hari
Sukan sebanyak RM13 000.00.
5.2.3 2 cadangan telah diusulkan iaitu; cadangan pertama mengekalkan sumbangan
sebanyak RM90.00 dan cadangan kedua sumbangan dibuat mengikut pendapatan
isi rumah, iaitu bagi isi rumah berpendapatan RM3000.00 ke bawah
memberi sumbangan sebanyak RM80.00 dan bagi berpendapatan RM3000.00 ke
atas perlu memberi sumbangan sebanyak RM100.00.
8

