Page 29 - Manual Pengurusan SMK Kamil 2022/23 (Android Version)
P. 29
INFORMASI DAN PANDUAN AM UNTUK GURU DAN AKP
1. PAKAIAN GURU DAN AKP SEMASA BERTUGAS:
Guru-guru dan staf adalah wajib mematuhi surat pekeliling Bil 6/1985 dan Bil 7/2001. Pakaian
mestilah sentiasa kemas dan sopan. Pemakaian baju batik kebangsaan (berlengan panjang)
adalah diwajibkan pada setiap hari Khamis.
2. WAKTU RASMI BERTUGAS / WAKTU RASMI PERSEKOLAHAN:
2.1 Waktu rasmi bertugas / waktu persekolahan adalah sebagaimana yang ditetapkan
dalam jadual bertugas berperingkat yang diputuskan bagi AKP dan jadual waktu
persekolahan bagi guru-guru.
2.2 Semua guru dan AKP wajib berada di dalam kawasan sekolah sepanjang waktu
bertugas rasmi.
3. KAD PERAKAM WAKTU (PUNCH CARD):
3.1 Semua guru dan AKP wajib merakam waktu datang dan balik dari bertugas.
3.2 Semua guru dan AKP tidak dibenarkan sama sekali mewakilkan kepada orang lain
ataupun sebaliknya menjadi wakil bagi pihak guru atau AKP lain.
3.3 Kad perakam waktu adalah dokumen rasmi kerajaan dan perlu dipelihara
keselamatannya pada setiap masa.
3.4 Guru yang hadir untuk kegiatan kokurikulum wajib menandatangani Buku Rekod
Kehadiran Kokurikulum / scan QR code yang dikeluarkan oleh Unit Kokurikulum
Sekolah.
4. MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH PADA WAKTU BERTUGAS / WAKTU
PERSEKOLAHAN:
4.1 Guru atau AKP tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam waktu
bertugas kecuali selepas mendapat kebenaran dan pelepasan daripada pihak pengetua.
4.2 Guru atau AKP yang mendapat kebenaran untuk keluar mestilah mencatatnya
dalam Buku Rekod Pergerakan Guru/AKP terlebih dahulu.
4.3 Guru-guru /AKP yang mendapat arahan daripada pihak PPD/JPN/BTP/MSSK
mesti memaklumkan dan mendapat pelepasan daripada pihak pengetua terlebih dahulu.
4.4 Guru/AKP tidak dibenarkan menerima apa-apa jemputan tugas daripada sekolah atau
agensi luar pada waktu bekerja/persekolahan melainkan jemputan dibuat melalui
pengetua dan mendapat pelepasan.
5. CUTI (PERINTAH AM BAB C)
5.1 CUTI SAKIT
5.1.1 Guru atau AKP yang tidak hadir bertugas kerana sakit hendaklah
memaklumkan kepada pengetua atau PK Pentadbiran dengan segera mengikut
tatacara berikut:
i. Menelefon segera kepada Pengetua atau PK Pentadbiran
ii. Menelefon pejabat sekolah
Manual Pengurusan Sekolah 2022 | Pengenalan
28

