Page 32 - Manual Pengurusan SMK Kamil 2022/23 (Android Version)
P. 32
10. BUKU NOTA / LATIHAN / FOLIO / KERJA KURSUS PELAJAR / PBS
10.1 Semua hasil kerja murid seperti buku nota, buku latihan, folio dan lain-lain wajib
diperiksa oleh guru yang mengajar
10.2 Guru-guru wajib menghantar sebilangan buku latihan pelajar kepada pihak
pentadbir untuk tujuan pencerapan apabila diarahkan atau mengikut jadual yang
dikeluarkan
11. SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN DAN GURU BIMBINGAN
11.1 Semua guru SMK Kamil adalah guru disiplin dan juga Guru Bimbingan
11.2 Semua guru bertanggungjawab menegur dan mengawal tingkah laku pelajar pada
setiap masa dan cakna dengan peraturan-peraturan sekolah sebagaimana yang
termaktub dalam Buku Peraturan Sekolah
11.3 Budaya Sekolah Penyayang hendaklah diamalkan dalam kalangan semua warga
sekolah
11.4 Sila lapor kesalahan-kesalahan serius pelajar kepada pihak Jawatankuasa Disiplin
Sekolah atau PK Hal Ehwal Murid untuk tindakan susulan
12. AKTIVITI KOKURIKULUM:
12.1 Semua guru wajib terlibat dalam aktiviti kokurikulum sekolah
12.2 Kehadiran guru untuk aktiviti kokurikulum adalah wajib
12.3 Guru-guru ditegah sewenang-wenangnya membatalkan aktiviti kokurikulum yang di
jadualkan kecuali atas sebab-sebab munasabah dan dibenarkan oleh Pengetua atau
PK Kokurikulum
12.4 Kehadiran guru dan pelajar dalam aktiviti kokurikulum sekolah hendaklah
direkodkan dalam Buku Kehadiran Kokurikulum atau imbas QR code
13. PERHIMPUNAN DAN ACARA RASMI SEKOLAH:
13.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4 /1984 hendaklah dipatuhi
13.2 Semua guru wajib hadir dan berada di tempat perhimpunan dan acara rasmi sekolah
13.3 Semasa perhimpunan rasmi (Ahad), guru lelaki dikehendaki memakai kot / bush jaket
13.4 Menjadi tanggungjawab AJK Perhimpunan dan Guru Bertugas Mingguan untuk
memastikan keadaan tempat perhimpunan teratur dan sempurna sebelum majlis
dimulakan
13.5 Semua ucapan dan pengumuman yang dibuat hendaklah direkodkan dalam Buku
Catatan Perhimpunan Sekolah
13.6 Perhimpunan harian akan diadakan pada jam 7.20 sehingga 7.35 pagi setiap hari
14. MESYUARAT GURU DAN AKP:
14.1 Semua mesyuarat yang dirancang oleh pihak sekolah adalah wajib dihadiri oleh
semua guru dan AKP terlibat
14.2 Ketidakhadiran mestilah mendapat kebenaran Pengetua
14.3 Semua mesyuarat mesti mematuhi Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bil 2 /1991
Mengeluar dan mengedarkan notis mesyuarat guru selewat-lewatnya 7 hari sebelum
mesyuarat diadakan kecuali untuk kes-kes tergempar dan amat penting mengikut budi
bicara pengetua dan pentadbir sekolah
14.4 Draf minit mesyuarat untuk semakan pengerusi mestilah dikemukakan tidak lewat
dari tempoh 3 hari selepas mesyuarat diadakan sebagaimana syarat SPKS
Manual Pengurusan Sekolah 2022 | Pengenalan
31

