Page 30 - Manual Pengurusan SMK Kamil 2022/23 (Android Version)
P. 30

5.1.2    Guru atau AKP yang bercuti bertanggungjawab mengemukakan sijil cuti sakit
                                    ke pejabat sekolah sebaik hadir bertugas semula
                            5.1.2  Sijil cuti sakit dari klinik swasta tidak boleh melebihi 3 hari dalam satu-satu masa
                                    (maksimum 14 hari setahun).  Jika melebihi 3 hari mestilah mendapat
                                    pengesahan daripada doktor Kerajaan.


                     5.2     CUTI REHAT KHAS (Pekeliling Perkhidmatan Bil 3 / 2005):

                            5.2.1   Hanya guru layak memohon Cuti Rehat Khas (CRK)
                            5.2.2      Cuti boleh dipohon bila-bila masa dengan mengisi borang khas yang boleh
                                     diperoleh di pejabat sekolah
                            5.2.3      Walau bagaimanapun,guru hanya dibenar bercuti selepas cuti diluluskan
                                     oleh pihak Pengetua melainkan kes-kes kecemasan seperti kemalangan atau
                                     kematian waris terdekat
                             5.2.4   Bilangan hari cuti rehat khas yang diperuntukkan ialah sebanyak 10 hari
                                     setahun.  Cuti  yang tidak dihabiskan boleh dikumpul untuk Gantian Cuti
                                     Rehat (GCR), tetapi tidak boleh dibawa ke tahun hadapan

                     5.3       CUTI TANPA REKOD KERANA ISTERI BERSALIN

                            5.3.1  Boleh diambil selama 7 hari dari tarikh isteri bersalin tanpa mengira bilangan
                                    anak

                     5.4       CUTI TANPA REKOD

                            5.4.1  Boleh diambil untuk tujuan menduduki peperiksaan tertakluk kepada bilangan
                                    hari peperiksaan sahaja
                            5.4.2  Cuti urusan kematian keluarga terdekat selama 3 hari (dari tarikh kematian)
                                    untuk kematian ibu/bapa/mertua/suami/Isteri/anak sahaja

                     5.5       CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN:

                             5.5.1    Hanya dinikmati oleh guru-guru sahaja
                             5.5.2     Pengetua /Ketua Jabatan boleh memanggil guru-guru untuk hadir bertugas
                                        selain daripada tugas mengajar semasa cuti persekolahan bagi masa yang
                                    tidak melebihi separuh daripada tempoh cuti berkenaan dalam satu-satu tahun

              6.     MELAWAT/MELANCONG KE LUAR NEGARA:

                     6.1       Guru wajib mengisi borang memohon kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
                                 bagi tujuan melawat / melancong ke luar negara

              7.     REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR GURU:

                     7.1       Buku / Fail Rekod Persediaan Mengajar guru adalah dokumen penting dan wajib
                            dijaga keselamatannya oleh semua guru

                     7.2     Buku / Fail Rekod Persediaan Mengajar adalah evidens untuk tujuan penilaian
                            (PBPPP)



              Manual Pengurusan Sekolah 2022 | Pengenalan
                                                                                                     29
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35