Page 31 - Manual Pengurusan SMK Kamil 2022/23 (Android Version)
P. 31
7.3 Buku / Fail Rekod Persediaan Mengajar mestilah dilengkapi dengan perkara-perkara
berikut:
7.3.1 Visi dan Misi sekolah
7.3.2 Butiran peribadi yang lengkap
7.3.3 Sukatan Pelajaran /Huraian Sukatan Pelajaran / DSKP
7.3.4 Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian
7.3.5 Jadual Waktu Kelas dan Jadual Waktu Peribadi
7.3.6 Carta alir proses pembelajaran dan pengajaran
7.3.7 Senarai lengkap pelajar bagi semua kelas yang diajar
7.3.8 Rekod PBS / PBD /markah ujian/peperiksaan / headcount
7.3.9 Senarai buku rujukan guru
7.4 Buku / Fail Rekod Persediaan Mengajar ini mestilah dihantar pada setiap hari Khamis
bagi tujuan pemeriksaan
7.5 Kegagalan guru menyediakan Buku / Fail Rekod Persediaan Mengajar dan
menunjukkannya kepada pihak-pihak yang memantau boleh dikenakan tindakan
‘surcaj’(Denda RM 500.00)
8. WAKTU MENGAJAR
8.1 Semua guru mesti mematuhi jadual waktu yang sedang berkuatkuasa
8.2 Sewaktu mengajar adalah menjadi tanggungjawab guru memastikan perkara-perkara
berikut:
8.2.1 Keadaan fizikal dan kebersihan kelas berada dalam keadaan yang sempurna
dan sesuai untuk proses pembelajaran dan pengajaran
8.2.2 Bilangan pelajar yang ada di dalam kelas adalah akur dengan bilangan kehadiran
pada hari berkenaan
8.2.3 Guru hendaklah mencatat dan menandatangani Buku Kawalan Kelas setiap kali
masuk ke kelas untuk proses pembelajaran dan pengajaran
9. PENGURUSAN WAKTU TIDAK MENGAJAR (FREE PERIOD):
9.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3 /1981 hendaklah dipatuhi
9.2 Guru tidak dibenarkan meninggalkan sekolah untuk sebarang tujuan peribadi pada
waktu tidak mengajar
9.3 Pengetua / pihak pentadbir boleh mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu untuk
menjalankan tugas-tugas lain yang diperlukan
9.4 Guru wajib menggunakan masa tidak mengajar untuk perkara-perkara seperti:
9.4.1 Menggantikan guru yang tidak hadir / bercuti / berkursus
9.4.2 Membuat persediaan untuk mengajar seperti membaca buku tambahan,
menyediakan bahan bantu mengajar dan sebagainya
9.4.3 Memeriksa buku-buku nota dan latihan pelajar
9.4.4 Mengadakan pertemuan khas dengan pelajar-pelajar yang berkaitan
9.4.5 Penyediaan aktiviti-aktiviti gerak kerja kokurikulum
9.4.6 Menyelesaikan tugas-tugas lain yang diamanahkan selain daripada tugas
mengajar sepertimana yang terkandung dalam Manual Pengurusan Sekolah
2022
9.4.7 Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa
Manual Pengurusan Sekolah 2022 | Pengenalan
30

