Page 33 - Manual Pengurusan SMK Kamil 2022/23 (Android Version)
P. 33

14.5   Minit mesyuarat yang  telah diluluskan hendaklah diedarkan kepada semua ahli
                            mesyuarat tidak lewat dari tempoh 1 minggu selepas tarikh mesyuarat diadakan
                     14.6   Format minit mesyuarat hendaklah mematuhi PKPA Bil 2 /1991

              15.    KURSUS DALAM PERKHIDMATAN ANJURAN PPD / JPN / KPM / BPG:
                     15.1   Semua kursus yang dianjurkan oleh pihak PPD / JPN / KPM / BPG adalah sebahagian
                            daripada bidang perkhidmatan perguruan
                     15.2   Semua guru adalah wajib menghadiri kursus berkenaan apabila diarahkan
                     15.3   Semua bahan semasa kursus mestilah diserahkan kepada Pengetua
                            untuk tindakan susulan
                     15.4   Guru yang menghadiri kursus / mesyuarat wajib menyediakan  Minit Curai dan diserahkan
                            kepada Ketua Jabatan masing-masing setelah kembali daripada berkursus
                     15.5   Guru yang menghadiri kursus juga wajib mengadakan in-house training untuk
                            semua guru lain yang berkaitan selewat-lewatnya dalam masa 7 hari dari tarikh tamat
                            kursus

               16.   URUSAN PEMBELIAN ALATAN / BAHAN BANTU MENGAJAR:
                     16.1   Ketua Panitia perlu berbincang dengan Guru Kanan masing-masing dan merujuk kepada
                            Ketua Jabatan sebelum membuat sebarang pembelian / perolehan
                     16.2   Semua prosedur kewangan hendaklah sentiasa dipatuhi untuk semua jenis
                                        pembelian seperti di bawah:
                            16.2.1   mendapatkan 3 kajian pasaran daripada pembekal
                            16.2.2  mengisi nota minta
                            16.2.3  menyediakan LO / pesanan
                     16.3   Semua pembelian  mestilah direkodkan dalam daftar harta modal atau stok
                                        Semua Ketua Panitia adalah bertanggungjawab memastikan perkara ini
                                        disempurnakan

              17.    PENGGUNAAN BILIK - BILIK MESYUARAT:

                     17.1   Bilik mesyuarat adalah khusus untuk guru-guru dan staf SMK Kamil sahaja
                     17.2   Sebarang penggunaan bilik mestilah direkodkan  dalam buku daftar penggunaan
                            bilik yang disediakan di bilik berkenaan
                     17.3   Ahli Jawatankuasa bilik mesyuarat adalah bertanggungjawab memastikan bilik mesyuarat
                            sentiasa bersih dan kemas serta sedia digunakan pada bila-bila masa diperlukan
                     17.4   Bilik mesyuarat SMK Kamil tidak boleh digunakan untuk aktiviti perjumpaan anjuran
                            individu / urusan persendirian melainkan atas kepentingan sekolah demi menjaga
                            keselamatan dokumen yang tersimpan di dalamnya

              18.    PERATURAN MEMBAWA/MENUMPANGKAN ANAK YANG BUKAN PELAJAR  SMK KAMIL
                     DI KAWASAN SEKOLAH SEMASA WAKTU PERSEKOLAHAN

                     18.1   Guru-guru dan AKP  tidak digalakkan membawa bersama anak-anak yang bukan pelajar
                            berdaftar SMK Kamil semasa bertugas atau menghadiri mesyuarat dan majlis rasmi
                            sekolah
                     18.2   Dalam keadaan kecemasan, anak-anak yang dibawa ke sekolah hendaklah dipantau
                            pergerakan mereka




              Manual Pengurusan Sekolah 2022 | Pengenalan
                                                                                                       32
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38