Page 12 - Buku Pengurusan SMK Taman Putri 2021
P. 12

Buku Pengurusan SMK Taman Putri | 2021





                                                      LAGU SEKOLAH
                                     Kami warga sekolah, sama berganding bahu
                                           Tidak mengira bangsa dan agama
                                           Semua berusaha, sentiasa bersatu
                                          Menjadi warga sekolah yang berjaya

                                      Sebagai mercu tanda, kebanggaan semua
                                           Berdiri megah dan tersergam indah
                                             Disiplin dijaga dan berdedikasi
                                            Menjadi pedoman kami tiap hari

                                           SMK Taman Putri sentiasa bersedia
                                        Hadapi rintangan demi menggapai cita
                                       Kami semua berikrar akan terus berusaha
                                              Manuju ke era lebih gemilang

                                                      Restuilah kami
                                                    Agar kami berjaya
                                              Moga selamat dan sejahtera
                                              Moga selamat dan sejahtera








                                      PIAGAM  PELANGGAN SMK TAMAN PUTRI

                      Kami warga SMK Taman Putri sesungguhnya akan berusaha, berazam dan beriltizam serta
                   berikhtiar dengan sedaya upaya tenaga kami untuk memenuhi kepuasan dan keperluan pelanggan

                                                          kami untuk:


                              a.    Menyediakan program Pembelajaran dan Pengajaran yang terbaik berdasarkan
                                 budaya ilmu bagi memenuhi keperluan hidup murid-murid, masyarakat dan Negara


                              b.     Menentukan proses pembelajaran dan pengajaran selaras dengan Falsafah

                                      Pendidikan Kebangsaan


                              c.     Memberi peluang dan layanan yang sama kepada setiap pelajar tanpa mengira
                                      latar belakang bangsa, agama dan keturunan


                              d.    Menggunakan Bahan Bantu PdPc yang berkesan, canggih dan selaras dengan

                                     era globalisasi


                              e.    Penguasaan yang cekap, pantas dan bijaksana


                              f.     Menyediakan prasarana pendidikan yang selesa selaras dengan keperluan
                                     semasa


                              g.    Berusaha meningkatkan kegemilangan dan martabat profesion keguruan


                              h.    Memupuk budaya prihatin dan penyayang

                              i.     Peka dengan kehendak dan keperluan pelanggan dan memberi perhatian serius
                                     terhadap setiap   pelanggan.
                                                               12
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17