Page 15 - Buku Pengurusan SMK Taman Putri 2021
P. 15

Buku Pengurusan SMK Taman Putri | 2021






                   PANDUAN AM UNTUK GURU-GURU DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA




                   1.  Arahan Am

                       1.1    Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat
                              dalam Perintah Am Kerajaan.
                       1.2    Guru  dan  staf  sokongan  sekolah  dinasihatkan  supaya  membaca,  memahami  dan
                              boleh  mentafsirkan  dengan  tepat  akan  kandungan  Perintah  Am  dan  Arahan
                              perkhidmatan lain.
                       1.3    Guru  hendaklah  menghayati  tatasusila  profesion  perguruan  dan  menyanjungnya
                              sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan/ mata pencarian  semata-
                              mata.
                       1.4    Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamal dan menghayati prinsip-prinsip
                              Perkhidmatan Cemerlang.
                       1.5    Meletakkan  kepentingan  murid  dan  sekolah  lebih  dari  kepentingan  diri  dalam
                              menjalankan tugas.
                       1.6    Bertanggungjawab  menjaga  dan  menjamin  keselamatan  murid  ketika  berada  di
                              sekolah dan menjaga harta benda sekolah.
                       1.7    Sentiasa  mengamalkan  kepimpinan  yang  berkesan  dan  dinamik  serta  cekap
                              menjalankan tugas.
                       1.8    Menjadi ‘role-model’.
                       1.9    Semua guru menjalankan tugas sebagai satu pasukan  (TEAM)

                   2.  Kedatangan

                       2.1    Waktu  bertugas sesi 2021:
                              (Ahad – Khamis)            : Jam 7.10 pagi hingga 1.45 petang  (sesi pagi)
                                                                       Jam 12.10 t/hari hingga 6.40 petang (sesi petang)
                                                         Jam 10.20 pagi hingga 5.00 petang (dua sesi)
                              Kokurikulum (Rabu)      :  Jam 12.10 hingga 1.10 tengah hari (sesi pagi)
                                                        Jam 11.10 pagi – 12.10 tengah hari (sesi petang)
                               *Tertakluk kepada arahan semasa.

                   3.  Keluar Waktu Mengajar

                       3.1    Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu mengajar
                              kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan
                              Pendidikan/  Pejabat  Pendidikan  dan  dengan  syarat mendapat kebenaran  daripada
                              Pengetua/ Penolong Kanan.
                       3.2    Guru dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dan mendapatkan tandatangan
                              Pengetua/ Guru Penolong Kanan sebelum keluar.
                       3.3    Sebelum  meninggalkan  sekolah,  guru  diminta  meninggalkan  kerja  bertulis  untuk
                              murid melalui Guru Penolong Kanan/ Penolong Kanan Petang.
                       3.4    Guru dilarang meninggalkan kelas sewaktu PdPc .




                                                               15
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20