Page 13 - Buku Pengurusan SMK Taman Putri 2021
P. 13
Buku Pengurusan SMK Taman Putri | 2021
BUDAYA KERJA WARGA PENDIDIKAN
1. Dalam usaha memenuhi cita-cita Negara (melalui Falsafah Pendidikan Negara dan Pengisian
Wawasan Pendidikan dan dalam usaha memenuhi hasrat sekolah melalui falsafah, matlamat,
objektif dan dasar sekolah), kami, warga Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Putri, Kulai
percaya bahawa sekolah ini memerlukan warga pendidikan yang bertanggungjawab, berilmu,
mempunyai komitmen yang tinggi terhadap kerja yang bersemangat waja dan demikian,
bersetuju untuk mengamalkan budaya kerja cemerlang pada setiap masa.
2. Dengan ini bererti bahawa di sekolah ini, kami ;
Menunaikan tugas yang diamanahkan kepada kami dengan penuh dedikasi dan
BERTANGGUNGJAWAB dengan;
2.1.1 Sentiasa MEMATUHI PERATURAN dan MENEPATI MASA dalam menyempurnakan
tugas.
2.1.2 Mengutamakan KERJA SECARA BERPASUKAN serta sentiasa ingin bekerjasama
dan memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya.
2.1.3 Menginsafi bahawa kemajuan atau kegagalan sekolah ini adalah
TANGGUNGJAWAB yang dipikul BERSAMA.
Sentiasa berusaha untuk menjadi pendidik BERILMU dengan;
2.2.1 MEMPERTINGKAT ILMU yang ada untuk keberkesanan pengajaran.
2.2.2 Mengusahakan pendekatan bekerja secara KREATIF dan INOVATIF untuk
meninggalkan amalan bekerja yang bersikap rutin dan kurang berkesan.
2.2.3 MENGAMALKAN SIFAR PENYAYANG serta mengutamakan kebajikan dan
kepentingan peribadi kami sendiri.
MEMPUNYAI KOMITMEN YANG TINGGI terhadap tugas kami dengan;
2.3.1 Menghasilkan KERJA YANG BERKUALITI.
2.3.2 Memiliki sikap, keinginan dan amalan SENTIASA BERUSAHA sendiri untuk
meningkatkan mutu kerja demi peningkatan prestasi diri kami dan sekolah secara
berterusan.
2.3.3 Paradigma ‘menunggu arahan’ akan kami gantikan dengan paradigma ‘KOMITMEN
TINGGI’.
BERSEMANGAT TINGGI untuk berusaha ke arah kecemerlangan prestasi akademik,
kokurikulum, disiplin dan pembentukan iklim sekolah yang baik dengan;
2.4.1 Sentiasa BERMOTIVASI dan BERCITA-CITA untuk melaksanakan tanggungjawab
dengan sempurna.
2.4.2 Bekerja dengan penuh KEIKHLASAN dan KESABARAN.
13

