Page 68 - Sejarah Tahun 6 SR Kegunaan 2022
P. 68

SEJARAH TAHUN 6 SK
                Tarian Tradisional Masyarakat Malaysia

                Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mewarisi pelbagai jenis tarian tradisional. Tarian

                tradisional sesebuah kaum perlu dikenali dan dipelihara keasliannya. Tarian tradisional ini
                bukan sahaja menjadi identiti sesebuah kaum tetapi turut menjadi identiti negara kita.




                                                                                     Tarian Inang
                                                                   Tarian ini ditarikan sejak zaman Kesultanan

                                                                     Melayu Melaka.
                                                                   Tarian ini ditarikan secara lemah gemalai.
                                                                   Alat muzik yang mengiringi tarian ini

                                                                                             antaranya ialah rebana, biola dan gendang.




                                Tarian Bharathanatyam
                    Tarian tradisional masyarakat India ini
                      memerlukan gerakan tangan, kaki dan

                      mata yang membawa maksud tertentu.
                    Lazimnya dipersembahkan oleh wanita
                      dalam majlis keagamaan atau keramaian.



                                                                                   Tarian Sumazau

                                                                   Tarian ini merupakan tarian tradisi etnik
                                                                     Kadazandusun.
                                                                   Tarian ini dipersembahkan semasa

                                                                     perayaan Tadau Kaamatan.
                                                                   Sumazau ditarikan bagi menunjukkan rasa

                                                                     syukur berkaitan kegiatan menuai padi,

                                                                     menolak bala dan mengubati penyakit.

                                       Tarian Ngajat

                    Ngajat merupakan tarian tradisional etnik
                      Iban di Sarawak.
                     Tarian ini dipersembahkan semasa

                      menyambut Hari Gawai serta selepas musim
                      menuai.

                    Tarian ini diiringi oleh alat muzik seperti
                      gong besar, gong sederhana, sape, gendang
                                                              62
                      dan engkromong (satu set gong kecil).
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73