Page 71 - Sejarah Tahun 6 SR Kegunaan 2022
P. 71
SEJARAH TAHUN 6 SK
Kabbadi
Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan.
Satu pasukan akan menghantar penyerang
kepada pihak lawan. Penyerang perlu
menahan nafas, menyebut kabbadi dan
menyentuh pihak lawan supaya pemain
tersebut tersingkir.
Tating Lawi
Permainan ini dikenali sebagai sepak
bulu ayam, chap teh atau jambak lawi.
Tiga atau empat helai bulu ayam diikat
pada kepingan getah bagi membentuk
tating.
Congkak
Permainan ini dimainkan secara
berpasangan.
Congkak diperbuat daripada kayu atau
plastik. Biji congkaknya ialah guli.
Tibau
Permainan ini dimainkan ketika Pesta Kaul.
Tibau berbentuk piramid dan bertingkat.
Dibina daripada beberapa batang buluh
atau kayu keras.
Pemain akan melompat secara bergilir
sehingga tibau tidak berayun lagi.
Pesta Kaul ialah perayaan
Apakah nama lain Apakah kepentingan perkongsian selepas musim menuai
bagi permainan maklumat tentang kepelbagaian yang diraikan oleh etnik
Tating Lawi? kaum di Malaysia? Melanau di Sarawak.
Permainan tradisional setiap kaum di Malaysia merupakan warisan yang perlu dijaga kerana
permainan tersebut merupakan identiti negara.
65
11.1.4 ➢ Bimbing murid memahami permainan tradisional masyarakat Malaysia.
K11.1.7

