Page 70 - Sejarah Tahun 6 SR Kegunaan 2022
P. 70
SEJARAH TAHUN 6 SK
Permainan Tradisi Warisan Bangsa
Masyarakat pelbagai kaum pada zaman dahulu menjadikan permainan tradisional sebagai
aktiviti masa lapang. Permainan ini diwarisi dan masih dimainkan sehingga kini. Kita perlu
mengenali dan mengekalkan permainan ini untuk generasi akan datang.
Konda Kondi
Permainan ini memerlukan dua
batang kayu.
Sebatang kayu diletakkan di tengah
lubang secara melintang.
Kayu lain digunakan untuk menguit
dan mengungkit kayu di lubang agar
terpelanting jauh dari pemain.
Rampanau
Permainan ini terkenal dalam
masyarakat Dusun di Sabah.
Pemain akan menaiki batang
buluh yang direka sebagai kasut.
Akibat arus pemodenan,kini
rampanau hanya dapat disaksikan
ketika Pesta Kaamatan.
Lompat Getah
Permainan ini dikenali sebagai lompat
tali atau ‘zero point’.
Pada awal permainan, getah dipegang
tegang pada tapak kaki seterusnya
dinaikkan ke paras lutut hinggalah ke
paras sejengkal dari kepala. Pemain
dikira mati jika menyentuh getah.
Xiangqi
Permainan ini dimainkan oleh dua
pasukan dan dikenali juga sebagai
catur Cina.
Permainan ini memerlukan strategi
untuk mengalahkan pihak lawan.
64

