Page 69 - Sejarah Tahun 6 SR Kegunaan 2022
P. 69

SEJARAH TAHUN 6 SK

                                                                                   Tarian Singa
                                                                  Tarian ini merupakan tarian tradisional

                                                                    kaum Cina.
                                                                  Tarian ini ditarikan semasa istiadat

                                                                    membuka perniagaan baharu, Tahun

                                                                    Baru Cina atau upacara membuang
                                                                    semangat jahat.




                                  Tarian Sewang
                  Sewang terkenal dalam masyarakat Orang

                    Asli.
                  Tarian ini ditarikan bagi tujuan perubatan,

                    majlis keramaian dan perkahwinan.
                  Tarian ini diiringi oleh alat muzik seperti

                    buluh cetong dan nyanyian.

                                                                                   Tarian Bhangra

                                                                      Tarian ini lazimnya ditarikan oleh
                                                                        etnik Sikh.
                                                                      Tarian ini dipersembahkan dalam

                                                                        majlis keramaian dan kekeluargaan.
                                                                      Dhol, harmonika dan tamborin ialah

                                                                        alat muzik yang mengiring tarian ini.


                                    Tarian Zapin

                  Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab.
                  Tarian ini ditarikan semasa majlis

                    kebesaran atau keramaian.
                  Tarian ditarikan secara berkumpulan dan
                    diiringi dengan nyanyian.


              Kepelbagaian tarian tradisional masyarakat pelbagai kaum di Malaysia memeriahkan lagi
            pentas kebudayaan negara. Kita  haruslah menghargai  tarian tradisional agar warisan ini

            terpelihara sepanjang zaman.



                Dalam kumpulan, pilih satu tarian yang                   Apakah kepentingan menghargai

                diminati, persembahkan di hadapan kelas.                 keunikan budaya tempatan?
                                                              63
                  11.1.3    ➢   Bimbing murid memahami tarian tradisional masyarakat Malaysia.
                  K11.1.7
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74