Page 72 - Sejarah Tahun 6 SR Kegunaan 2022
P. 72
SEJARAH TAHUN 6 SK
Cerita Rakyat Kebanggaanku
Cerita rakyat ialah cerita rekaan dari zaman dahulu yang disampaikan dari satu generasi kepada
generasi yang lain secara lisan. Cerita rakyat disampaikan bertujuan memberi pengajaran dan
berhibur. Antara jenis cerita rakyat ialah legenda, mitos, cerita binatang, jenaka dan hikayat.
1
Datuk, siapakah
Pak Pandir?
2
Pak Pandir ialah watak yang wujud dalam cerita
rakyat. Pak Pandir merupakan seorang suami yang
lurus bendul. Dia mempunyai seorang isteri yang
sangat sabar dengan karenahnya iaitu Mak Andeh.
3
Apakah tujuan cerita rakyat Cerita ‘Pak Pandir’ ini ialah
cerita jenaka Melayu yang direka
disampaikan?
untuk menghiburkan pendengar
pada masa lapang.
Pada zaman dahulu, cerita rakyat disampaikan oleh
penglipur lara. Antara gelaran bagi penglipur lara ini
ialah Tok Selampit dan Awang Batil.
11.1.5 ➢ Bimbing murid memahami tujuan dan jenis cerita rakyat masyarakat Malaysia.
66

