Page 123 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 123

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 116


               berjaya. Para pensyarah berupaya memantau, menilai dan merancang pembelajaran
               dan  menyesuaikan  program  pembelajaran  untuk  memenuhi  keperluan  pelajar  di
               dalam  kelas.  Pensyarah  yang  sebegini  dianggap  mempunyai  pengalaman  dan
               kemahiran  yang  tinggi  serta  berjaya  dalam  kerjayanya.  Mereka  dikenali  sebagai
               seorang  yang  mempunyai  pengetahuan  yang  mendalam  terhadap  mata  pelajaran
               yang diajar mengamalkan kemahiran pedagogi yang berkesan.

                       Pensyarah  perlu  bijak  mengamalkan  pedagogi  yang  tepat  dan  bersesuaian
               dengan kandungan hasil pembelajaran yang perlu dicapai. Pengetahuan pedagogi isi
               kandungan merupakan nadi dan jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah-masalah
               yang berlaku dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Pengalaman adalah satu
               pengetahuan  yang  unik  untuk  menggambarkan  cara  pensyarah  mengintegrasikan
               pedagogi  terhadap  isi  kandungan  atau  perkara  yang  ingin  disampaikan  dalam
               memenuhi  tuntutan  revolusi  perubahan  perkembangan  pendidikan  terkini.  Dalam
               konteks pendidikan alaf ke 21 sekarang dengan perkembangan globalisasi Industrial
               Revolution  4.0  memerlukan  tuntutan  pengalaman  pensyarah  untuk  mengamalkan
               pedagogi  yang  berkesan  (Sharon,  2018).  Pensyarah  sebagai  pengurus  sumber
               manusia mesti bijak memberi peluang kepada pelajar untuk mengurus potensi diri.
               Pensyarah tidak lagi berfungsi sebagai pembekal bahan pengetahuan sepenuhnya
               tetapi  merupakan  pembimbing  bagi  memperkembangkan  kemahiran  dan  potensi
               pelajar melalui perkongsian pengalaman yang dimiliki.



               KESIMPULAN

               Kajian ini memberi sumbangan bermakna terhadap literatur elemen keusahawanan
               terutamanya dalam konteks institusi latihan pendidikan di Malaysia memandangkan
               kajian tentang keusahawanan di IPG masih tidak banyak dijalankan. Kajian ini juga
               memberi pendedahan dan penjelasan tentang fungsi pengalaman sebagai salah satu
               moderator  untuk  kesediaan  penerapan  elemen  keusahawanan  pensyarah  IPG.
               Implikasi kajian menyokong kepentingan personaliti keusahawanan dalam memberi
               kesan terhadap kesediaan penerapan elemen keusahawanan pensyarah IPG. Justeru
               langkah-langkah sewajarnya seperti menjadikan model sebagai panduan dan rujukan
               oleh pihak pengurusan IPG dalam melaksanakan pendekatan dan amalan penerapan
               elemen kemahiran insaniah yang bersesuaian bagi memantapkan sumber manusia
               ke  arah  pembangunan  modal  insan  berkualiti  dan  bertaraf  dunia  sehingga  terus
               cemerlang sehingga ke akhir perkhidmatan.



               Rujukan

               Ab. Aziz  Yusof. (2009).  Pendidikan Keusahawanan Dalam Konteks Pembangunan
                        Negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
   118   119   120   121   122   123   124   125   126