Page 120 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 120

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 113


               perbezaan nilai chi-square mestilah lebih tinggi daripada nilai chi-square dengan 1
               darjah kebebasan, iaitu 3.84.


               Jadual 4: Dapatan ujian moderator pengalaman pensyarah IPG sebagai moderator antara
               kompetensi  keusahawanan  pensyarah  dengan  kesediaan  pensyarah  menerapkan  elemen
               keusahawanan


                                   Model                           Perbezaan         Keputusan Ujian
                                  Dikekang      Model Bebas        Chisquare             Moderator

                   Chisquare      2967.556        2952.158           15.398
                                                                                         Signifikan
                       DF           2077             2076               1
                       Pengalaman tinggi pensyarah mempunyai kesan sebagai moderator antara
                   kompetensi keusahawanan pensyarah dengan kesediaan pensyarah menerapkan
                                                  elemen keusahawanan.
                   Chisquare      3008.979         2983.212           25.767

                       DF           2077             2076                1               Signifikan

                      Pengalaman rendah pensyarah mempunyai kesan sebagai moderator antara
                   kompetensi keusahawanan pensyarah dengan kesediaan pensyarah menerapkan
                                                  elemen keusahawanan.



                       Rumusannya  menunjukkan  keputusan  data  kajian  ini  adalah  signifikan  iaitu
               pengalaman  pensyarah  berperanan  sebagai  moderator  antara  kompetensi
               keusahawanan  pensyarah  dengan  kesediaan  pensyarah  menerapkan  elemen
               keusahawanan.

                       Secara  keseluruhannya  dapat  dirumuskan  bahawa  pengalaman  responden
               yang dikaji memberi kesan terhadap konstruk yang dikaji iaitu sikap keusahawanan
               dalaman  pensyarah,  kesediaan  penerapan  elemen  keusahawanan  pensyarah  dan
               kompetensi  keusahawanan  pensyarah.  Justeru  pengalaman  berperanan  sebagai
               moderator dalam kajian ini.



               PERBINCANGAN

               Pengajaran merupakan satu tugas penting bagi seseorang pengajar supaya dapat
               membina dan mengembangkan idealisme sosial dan moral yang boleh dihayati dan
               diterima  oleh  pelajar.  Pengajaran  yang  dilakukan  mempengaruhi  perubahan  dan
               mencorakkan pembangunan manusia yang kukuh dari segi akhlak dan moral, insan
               yang berpengetahuan, berdaya maju dan dapat menghadapi cabaran (Hussein 2012;
               Mohamad Sani & Mohd Nizam. 2012). Dapatan kajian ini menunjukkan pengalaman
               pensyarah  yang  dikaji  berperanan  sebagai  moderator  terhadap  kesan  antara
               personaliti  keusahawanan  dari  segi  sikap  keusahawanan  dalaman  pensyarah  dan
   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125