Page 122 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 122

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 115


               untuk sentiasa berusaha secara teliti dan membuat pertimbangan yang bijak untuk
               mengatur, mengurus dan mengambil risiko dalam pelbagai situasi dengan berpegang
               kepada matlamatnya. Pensyarah yang berpengalaman tidak mengambil risiko tanpa
               menjangkakannya  terlebih  dahulu.  Mereka  adala  pengurus  risiko  yang  baik  dalam
               situasi pendidikan hari ini dengan dunia ketidaktentuan pada kadar perubahan yang
               dinamik. Dalam dunia begini, pengalaman yang dimiliki dapat membantu pensyarah
               mengurus risiko dan memastikan bahawa risiko yang diambil adalah munasabah dan
               berpatutan dengan ganjaran yang diterima (Razali 2005; Kamaruddin et al. 2018).

                       Kajian ini turut memperlihatkan bahawa dengan mempunyai pengalaman dapat
               memberi kesan positif pengajaran yang lebih baik. Pensyarah yang berpengalaman
               boleh menjadikan mereka lebih berkuasa. Ciri seperti berani mengambil risiko, sifat
               kreatif dan inovatif, bersedia dan komitmen dengan situasi yang sering berubah dan
               mempunyai  keyakinan  diri  untuk  terus  cemerlang  dapat  menjadikan  seorang
               pensyarah yang dapat membentuk nilai kualiti peribadi yang berkesan. Seperti yang
               diperjelaskan oleh Ab. Aziz Yusof (2009) bahawa para pensyarah berupaya bertindak
               sebagai  pemikir,  pemangkin,  pendorong  dan  penyuntik  untuk  kejayaan  pelajar.  Di
               samping  itu,  dengan  memiliki  pengalaman  membolehkan  para  pensyarah  sedar
               terhadap aspek ini bagi menggalakkan pelajar bertindak secara lebih proaktif, sensitif,
               kreatif  dan  inovatif.  Pelajar  mampu  mengambil  faedah  daripada  kekuatan  yang
               dimiliki,  bersedia  memperbaiki  dan  menilai  kelemahan  diri  sendiri,  cepat  merebut
               peluang dan lebih berkemampuan untuk berhadapan dengan pelbagai ketidakpastian
               yang bakal muncul.

                       Pelaksanaan  tanggungjawab  yang  sebegini  akan  menghasilkan  para
               pensyarah  yang  dapat  membina  pengetahuan,  kemahiran  dan  latihan  melalui
               kehidupan  profesional  mereka.  Nilai  yang  sebegini  memberi  ruang  dan  peluang
               kepada  pensyarah  untuk  lahir  sebagai  pendidik  yang  berkesan  dalam  memberi
               perkhidmatan  kepada  para  pelajar.  Namun  menurut  Razali  (2005),  pendidik  yang
               berkesan dianggap telah melalui latihan yang mencukupi dan terlibat dalam proses
               pembelajaran  yang  berterusan.  Pensyarah  yang  sebegini  seharusnya  boleh
               mengenal  pasti  keperluan  pembangunan  mereka  dan  mempunyai  matlamat
               profesional yang tinggi untuk pembelajaran pelajar. Hal ini bertepatan dengan dapatan
               kajian ini yang memperlihatkan peserta kajian sememangnya menyatakan bahawa
               mereka  sentiasa  memerlukan  latihan  dan  bimbingan  secara  berkala  untuk
               memantapkan  pengalaman  serta  kefahaman  terhadap  sebarang  perubahan  yang
               berlaku  dalam  struktur  kurikulum  yang  diajar.  Latihan  yang  sebegini  berupaya
               mempertingkatkan  pengalaman  dan  komitmen  pensyarah  terhadap  pembelajaran
               pelajar  yang  dapat  dilihat  melalui  hasil  pencapaian  para  pelajar.  Para  pensyarah
               mempunyai  komitmen,  semangat  dan  kemahiran  interpersonal  yang  dianggap
               sebagai  peranan  profesional  yang  menyumbang  kepada  kecemerlangan  institusi
               keseluruhannya (Hussain 2012; Sugeng et al. 2019).

                       Oleh  yang  demikian,  dengan  mempunyai  peranan  profesional  seperti
               pengalaman  para  pensyarah  dapat  menunjukkan  proses  pengajaran  yang  lebih
   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126