Page 118 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 118

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 111


                       Manakala  bagi  pengalaman  rendah  pula  didapati  perbandingan  ujian  chi-
               square  antara  model  perbandingan  ujian  chi-square  antara  Model  Dikekang  dan
               Model Bebas didapati perbezaan chi-square adalah 17.298. Manakala perbezaan nilai
               DF  adalah  1  (Jadual  2).  Perbezaan  nilai  chi-square  adalah  17.298  (3000.510-
               2983.212), manakala perbezaan  dalam  Darjah  Kebebasan  adalah  2077-2076  =  1.
               Untuk ujian signifikan perbezaan nilai chi-square mestilah lebih tinggi daripada nilai
               chi-square dengan 1 darjah kebebasan, iaitu 3.84.


               Jadual 2: Dapatan ujian moderator pengalaman pensyarah IPG sebagai moderator antara
               sikap keusahawanan dalam pensyarah dengan kesediaan pensyarah menerapkan elemen
               keusahawanan

                                   Model          Model         Perbezaan           Keputusan Ujian

                                 Dikekang         Bebas         Chi-square             Moderator

                  Chi-square      2982.268      2952.158           30.11
                                                                                        Signifikan
                      DF            2077          2076               1
                   Pengalaman tinggi pensyarah mempunyai kesan sebagai moderator antara sikap
                    keusahawanan dalaman pensyarah dengan kesediaan pensyarah menerapkan
                                                 elemen keusahawanan.
                  Chi-square      3000.510      2983.212          17.298                Signifikan
                      DF            2077          2076               1

                  Pengalaman rendah pensyarah mempunyai kesan sebagai moderator antara sikap
                    keusahawanan dalaman pensyarah dengan kesediaan pensyarah menerapkan
                                                 elemen keusahawanan.



                       Rumusannya  menunjukkan  keputusan  data  kajian  ini  adalah  signifikan  iaitu
               pengalaman pensyarah berperanan sebagai moderator antara sikap keusahawanan
               dalaman pensyarah IPG dan kesediaan mereka menerapkan elemen keusahawanan.



               ii.     Peranan  pengalaman  pensyarah  IPG  sebagai  moderator  antara  sikap
               keusahawanan dalaman pensyarah dengan kompetensi keusahawanan pensyarah
               menerapkan elemen keusahawanan.

                       Berdasarkan perbandingan ujian chi-square antara Model Dikekang dan Model
               Bebas bagi pengalaman tinggi pensyarah yang dikaji didapati perbezaan chi-square
               adalah 27.277. Perbezaan nilai DF adalah 1 (Jadual 3). Perbezaan nilai chi-square
               adalah 27.277 (2979.435-2952.158), manakala perbezaan dalam Darjah Kebebasan
               adalah 2077-2076 = 1. Untuk ujian signifikan perbezaan nilai chi-square mestilah lebih
               tinggi daripada nilai chi-square dengan 1 darjah kebebasan, iaitu 3.84.

                       Pengalaman  rendah  pensyarah  berdasarkan  perbandingan  ujian  chi-square
               antara  Model  Dikekang  dan  Model  Bebas  didapati  perbezaan  chi-square  adalah
   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123