Page 36 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 36
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 28
Hasil dapatan tahap regulasi emosi remaja berisiko menunjukkan 2 orang (1.6%)
berada di tahap rendah, 88 orang (69.2%) di tahap pertengahan, manakala 37 orang
(29.3%) berada di tahap tinggi. Berdasarkan peratus yang dinyatakan dalam jadual
menunjukkan tahap regulasi emosi remaja berisiko di Sekolah Menengah
Kebangsaan Bukit Changgang berada di tahap sederhana. Jadual 4 menunjukkan
tahap regulasi emosi remaja berisiko
Jadual 4: Tahap regulasi emosi dalam kalangan remaja berisiko (n=127)
Tahap Sisihan
Bil
Pemboleh ubah Rendah Sederhana Tinggi Min Piawai
1 Regulasi emosi 2 82 43
(1.6%) (64.6%) (33.9%) 3.43 1.21
Purata min regulasi emosi iaitu 3.43 menunjukkan remaja berisiko ini juga berada di
tahap sederhana.
Jadual 4.1 menunjukkan skor min bagi tahap regulasi emosi remaja berisiko. Daripada
jadual didapati nilai min keseluruhan tahap regulasi emosi ialah min 3.43, iaitu berada
pada tahap sederhana. Item yang mempunyai min tertinggi ialah item 8 (4.34),
manakala item 5 merupakan item yang paling rendah nilai min iaitu 2.52 tetapi di tahap
sederhana. Ini dapat dirumuskan bahawa remaja berisiko ini mempunyai emosi yang
seronok apabila melihat orang lain kecewa atau sedih. Tetapi dalam masa yang sama,
mereka mudah mesra dengan kanak-kanak dan individu yang lebih tua daripada
mereka, seorang yang gembira dan boleh menghadapi perkara baru dengan baik.
Jadual 4.1: Taburan min regulasi emosi
Item Regulasi emosi SP Min Tahap
1 Saya seorang yang gembira 1.07 3.70 Tinggi
2 Apabila orang dewasa mesra kepada saya, saya akan 1.04 4.04 Tinggi
mesra kepada mereka
3 Saya dapat mengawal dengan baik apabila sesuatu perkara 1.02 3.71 Tinggi
berubah, atau apabila saya perlu cuba sesuatu yang baru
4 Apabila saya berasa susah hati, saya boleh pulih 1.20 3.28 Sederhana
dengan cepat
5 Apabila keadaan tidak seperti yang saya inginkan, 1.19 2.52 Sederhana
saya mudah berasa susah hati
6 Apabila kanak-kanak lain mesra kepada saya, saya 0.98 4.26 Tinggi
akan mesra dengan mereka
7 Saya ada sikap tiba-tiba marah 1.44 3.40 Sederhana
8 Saya seronok melihat orang lain sedih atau kecewa 0.98 4.34 Tinggi
9 Kadang-kala saya bersikap mengganggu 1.30 2.72 Sederhana
10 Saya marah apabila orang dewasa beritahu saya, 1.32 3.46 Sederhana
apa saya boleh dan tidak boleh buat
11 Saya seorang yang sedih 1.28 3.24 Sederhana
12 Saya ada masalah untuk tunggu sesuatu benda 1.35 3.22 Sederhana
yang saya mahukan
13 Saya seorang yang senyap dan pemalu, dan saya 1.29 2.83 Sederhana
tidak tunjuk perasaan
14 Saya buat sesuatu perkara tanpa berfikir terlebih 1.28 3.24 Sederhana
dahulu
15 Apabila orang lain sedih, saya jadi sedih atau 1.26 3.51 Sederhana
bimbangkan mereka

