Page 33 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 33

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 25

                  Item                 Personaliti Agreeableness              SP    Min       Tahap
                    7     Suka membantu dan tidak  mementingkan diri sendiri   0.64   2.94   Sederhana
                   17     Memiliki naluri memaafkan  orang lain secara semulajadi   0.69   2.98   Sederhana

                   22     Mudah mempercayai orang lain                       0.80   2.43    Sederhana
                   32     Bertimbang rasa dan baik hati kepada semua orang   0.67   2.99    Sederhana
                   42     Suka bekerjasama dengan orang lain                 0.66   2.83    Sederhana
                    2     Suka mencari kesalahan orang lain                  0.70   3.02      Tinggi
                   12     Memulakan pertengkaran dengan orang lain           0.73   3.22      Tinggi
                   27     Boleh menjadi seorang yang dingin dan menyendiri   0.88   2.25    Sederhana
                   37     Kadang kala kurang sopan  terhadap orang lain      0.86   2.61    Sederhana
                                                            Min Keseluruhan        2.80     Sederhana

               Jadual  2.3  menunjukkan  skor  min  bagi  tahap  jenis  personaliti  Conscientiousness.
               Daripada  jadual  didapati  semua  item  berada  ditahap  sederhana  dan  nilai  min
               keseluruhan  tahap  personaliti  Conscientiousness  remaja  berisiko  ialah  2.51,  iaitu
               berada pada tahap sederhana. Item 13 mempunyai nilai min tertinggi iaitu sebanyak
               2.94, manakala item 8 merupakan item yang paling rendah nilai min iaitu 2.02. Ini
               dapat dirumuskan bahawa remaja ini mempunyai personaliti yang boleh dipercayai,
               membuat  kerja  dengan  teliti  tetapi  cenderung  untuk  menjadi  tidak  teratur  dalam
               membuat sebarang tugasan.

               Jadual 2.3: Taburan min personaliti Conscientiousness (n=127)

                  Item               Personaliti Conscientiousness            SP    Min       Tahap
                   3     Buat kerja dengan teliti                            0.66   2.74    Sederhana
                  13     Seorang yang boleh dipercayai                       0.63   2.94    Sederhana
                  28     Bersungguh-sungguh sehingga tugasan diselesaikan    0.68   2.65    Sederhana
                  33     Membuat kerja dengan cekap                          0.69   2.47    Sederhana
                  38     Membuat perancangan dan melaksanakannya             0.74   2.66    Sederhana
                   8     Kadang kala cuai                                    0.71   2.02    Sederhana
                  18     Cenderung menjadi tidak teratur                     0.74   2.85    Sederhana
                  23     Biasanya malas                                      0.81   2.19    Sederhana
                  43     Mudah terganggu atau hilang tumpuan                 0.72   2.13    Sederhana
                                                            Min Keseluruhan        2.51     Sederhana

               Jadual 2.4 menunjukkan skor min bagi tahap jenis personaliti Neuroticism. Daripada
               jadual didapati semua item berada ditahap sederhana dan nilai min keseluruhan tahap
               personaliti Neuroticism remaja berisiko ialah 2.50, iaitu berada pada tahap sederhana.
               Item  39  mempunyai  nilai  min  tertinggi  iaitu  sebanyak  2.72,  manakala  item  9
               merupakan item yang paling rendah nilai min iaitu 2.29. Ini dapat dirumuskan bahawa
               remaja ini mempunyai personaliti yang mudah rasa gementar, tertekan, mudah risau,
               dan seseorang yang bertindak mengikut perasaan atau emosi.

               Jadual 2.4: Taburan min personaliti Neuroticism (n=127)

                 Item                  Personaliti Neuroticsm                 SP    Min     Tahap
                  4     Tertekan                                             0.75   2.57   Sederhana
                  14    Mudah tertekan (tension)                             0.77   2.43   Sederhana
                  19    Kerap risau                                          0.88   2.57   Sederhana
                  29    Seorang yang bertindak mengikut perasaan atau emosi   0.78   2.57   Sederhana
                  39    Mudah rasa gementar                                  0.79   2.72   Sederhana
                  9     Seorang yang tenang (relaks), menangani tekanan dengan  baik   0.65   2.29   Sederhana
                  24    Emosi yang stabil, tidak mudah berasa kecil hati     0.68   2.47   Sederhana
                  34    Bersifat tenang dalam keadaan yang tegang (stress)   0.78   2.41   Sederhana
                                                            Min Keseluruhan        2.50   Sederhana
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38