Page 37 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 37

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 29

                  16    Saya sakitkan hati orang lain dengan berkelakuan   1.28   3.56      Sederhana
                        menyibuk
                                                          Min Keseluruhan         3.43      Sederhana


               PERBINCANGAN

               Kajian ini menunjukkan semua jenis tahap personaliti  extraversion, agreeableness,
               conscientiousness,  neuroticsm  dan  openness  berada  di  tahap  sederhana.  Ini
               menunjukkan  remaja  berisiko  di  SMK  Bukit  Changgang  masih  memiliki  personaliti
               yang positif dan boleh berubah ke arah lebih baik. Remaja ini dapat meningkatkan
               perkembangan  personaliti  yang  baik  jika  mereka  sedar  dan  mampu  membuat
               keputusan dengan baik. Mereka mudah terpengaruh jika adanya faktor luaran seperti
               persekitaran yang negatif, penglibatan rakan sebaya dalam penyalahgunaan dadah
               dan jenayah serta perkara yang membuatkan mereka tertekan.

                       Kajian oleh Ljubin-Golub, T., et al. (2017) mendapati remaja lelaki mempunyai
               skor  tinggi  pada  personaliti  extraversion,  manakala  remaja  perempuan  skor  tinggi
               pada  personaliti  agreeableness.  Ia  menunjukkan  hubungan  personaliti  dengan
               tingkah  laku  delinkuen  dalam  kalangan  pelajar  adalah  berbeza  mengikut  jantina.
               Personaliti agreeableness adalah individu yang mudah didekati tetapi dalam masa
               yang  sama mereka  juga  suka mencari  kesalahan  orang  lain  dan bermusuhan  jika
               adanya  konflik  dengan  orang  lain.  Mereka  juga  kurang  mengambil  peduli  tentang
               masalah orang lain dan tidak kisah pandangan orang lain kepada diri mereka (Raja
               Azrul, et al., 2017). Slagt, M., et al. (2015) dalam kajiannya menyatakan remaja yang
               mempunyai  personaliti  conscientiousness  yang  rendah  berkemungkinan  berfungsi
               sebagai faktor risiko meningkatnya tingkah laku delinkuen dan menganggap rakan
               sebaya  sebagai  penguat  ke  arah  tingkah  laku  tersebut.  Bagi  remaja  yang  tinggi
               conscientiousness,  mereka  memiliki  resilien  yang  tinggi  dan  mampu  menahan  diri
               daripada terlibat dengan tingkah laku delinkuen.

                       Personaliti  Neuroticism  di  mana  remaja  ini  memiliki  kestabilan  emosi  yang
               sederhana. Mereka mudah tenang dan relaks tetapi mudah mengalami emosi negatif
               (bimbang,  takut,  marah)  jika  berlaku  peristiwa  atau  keadaan  yang  mengganggu
               hidupnya (Raja Azrul, et al., 2017). Oleh itu, remaja ini boleh memilih untuk bertingkah
               laku  delinkuen  bagi  mengelak  daripada  mengalami  perasaan  atau  emosi  yang
               mengganggu  kehidupannya.    Bagi  personaliti  openness,  ia  mempunyai  hubungan
               dengan penghargaan kendiri yang rendah yang boleh membawa kepada kemurungan
               (Vazsonyi, A. T., et al., 2015). Ini kerana, remaja mempunyai sifat ingin tahu yang
               tinggi terhadap sesuatu perkara dan apabila tidak tercapai atau disekat, mereka mula
               menonjolkan tingkah laku yang negatif.

                       Hasil  dapatan  bagi  tingkah  laku  agresif  pula,  kajian  menunjukkan  min
               keseluruhan  tingkah  laku  agresif  remaja  berisiko  adalah  pada  tahap  sederhana.
               Perkara  ini  sebenarnya  membimbangkan  dan  perlu  diketengahkan  untuk
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42