Page 38 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 38
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 30
dibincangkan kerana kecenderungan pelajar ini untuk mencapai tahap tinggi dalam
tingkah laku agresif adalah tidak mustahil. Remaja yang agresif dan berisiko akan
menyebabkan banyak berlaku masalah sosial dan jenayah di dalam negara. Kajian
oleh Rozmi, et al., (2015) membuktikan remaja yang mempunyai tingkah laku agresif
berkemungkinan pula menjadi orang dewasa yang berhadapan dengan pelbagai
masalah seperti tingkah laku jenayah dan keganasan, penyalahgunaan dadah,
penceraian, kematian awal, pengangguran dan ketiadaan tempat tinggal. Selain itu,
tingkah laku agresif ini juga berlaku apabila terdedah dengan persekitaran yang
kurang sihat seperti merempit, berjudi, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan,
alkohol, dadah dan lain-lain (Nur Azrul, et al., 2019). Ini disokong dengan kajian oleh
Sharma, M., K. & Marimuthu, P. (2014) mendapati faktor persekitaran yang negatif
menyebabkan remaja mudah terlibat dengan tingkah laku agresif seperti serangan
fizikal dan kemarahan terhadap orang lain.
Akhir sekali, dapatan tahap regulasi emosi dalam kajian ini mendapati min
keseluruhan regulasi emosi remaja berisiko berada di tahap sederhana. Ini
menunjukkan pelajar berisiko ini masih boleh mengawal emosi dengan baik dan
kecenderungan ke arah regulasi emosi yang positif juga tinggi. Regulasi emosi yang
positif akan membantu seseorang untuk berfikir secara positif dalam menghadapi
suatu peristiwa. Roos, S., et al. (2015) menyatakan emosi yang tidak dapat dikawal
dengan baik boleh menyebabkan mereka mengalami rasa bersalah dan malu. Oleh
itu, remaja berisiko ini perlu berhati-hati mengawal emosinya kerana ia boleh
membawa mereka berfikir negatif dan bersikap tidak asertif (Anastasia & Kartika,
2015).
KESIMPULAN
Berdasarkan rumusan dari kajian ini menunjukkan tahap personaliti, tingkah laku
agresif dan regulasi emosi dalam kalangan remaja berisiko secara keseluruhannya
berada di tahap sederhana. Kebarangkalian untuk mereka berubah ke arah positif
adalah tinggi dan dapat dipupuk dengan intervensi yang bersesuaian bagi membantu
faktor dalaman mereka. Walaupun faktor luaran banyak menyumbang kepada tingkah
laku berisiko tetapi dengan membantu remaja ini memahami masalah psikologinya,
kemungkinan dapat meningkatkan penghargaan diri dan resilian untuk berubah.
Rujukan
Anastasia Christie Silaen & Kartika Sari Dewi (2015). Hubungan antara regulasi emosi
dengan asertivitas: Studi Korelasi pada siswa di SMA Negeri 9 Semarang.
Jurnal Empati, 4(2), 175-181.

