Page 34 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 34
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 26
Jadual 2.5 menunjukkan skor min bagi tahap jenis personaliti Openness. Daripada
jadual didapati semua item berasa ditahap sederhana dan nilai min keseluruhan tahap
personaliti Openness remaja berisiko ialah 2.54, iaitu berada pada tahap sederhana.
Item 10 mempunyai nilai min tertinggi iaitu sebanyak 2.96, manakala item 25
merupakan item yang paling rendah nilai min iaitu 2.23. Sebagai rumusan, remaja ini
mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi tentang sesuatu perkara baru/berlainan dan
memiliki imaginasi yang tinggi.
Jadual 2.5: Taburan min personaliti Openness
Item Personaliti Openness SP Min Tahap
5 Asli (original), mengemukakan idea baru 0.73 2.39 Sederhana
10 Bersifat ingin tahu tentang perkara yang berlainan 0.69 2.96 Sederhana
15 Seorang yang bijak, boleh berfikir secara mendalam 0.71 2.50 Sederhana
20 Memiliki imaginasi yang aktif 0.70 2.90 Sederhana
25 Memiliki inisiatif merekabentuk yang tinggi (Berdaya reka) 0.77 2.23 Sederhana
30 Menghargai pengalaman yang bernilai seni dan kehalusan 0.84 2.59 Sederhana
40 Suka membuat imbasan (refleksi), bermain dengan idea 0.83 2.59 Sederhana
yang difikirkan
44 Berpengetahuan dan berbakat dalam bidang seni, muzik 0.90 2.40 Sederhana
atau kesusasteraan
35 Lebih suka melakukan kerja rutin 0.70 2.40 Sederhana
41 Memiliki minat yang rendah terhadap seni 0.89 2.52 Sederhana
Min Keseluruhan 2.54 Sederhana
Persoalan kajian 2
Apakah tahap tingkah laku agresif dalam kalangan remaja berisiko?
Hasil dapatan tahap tingkah laku agresif menunjukkan seramai 30 (23.6%) orang
pelajar memperolehi tahap tingkah laku agresif pada tahap rendah. Manakala,
seramai 86 (67.7%) orang pelajar didapati mempunyai tahap tingkah laku agresif pada
tahap sederhana. Seramai 11 (8.7%) orang pelajar berisiko dalam kajian ini
mempunyai tahap tingkah laku agresif yang paling tinggi. Jadual 3 menunjukkan tahap
tingkah laku agresif remaja berisiko
Jadual 3: Tahap tingkah laku agresif dalam kalangan remaja berisiko (n=127)
Tahap Sisihan
Bil
Pemboleh ubah Rendah Sederhana Tinggi Min Piawai
1 Tingkah laku agresif 30 86 11
(23.6%) (67.7%) (8.7%) 2.80 1.31
Bagi purata min tingkah laku agresif iaitu 2.80 menunjukkan tingkah laku agresif
remaja berisiko berada di tahap sederhana.
Jadual 3.1 menunjukkan skor min bagi tahap tingkah laku agresif remaja berisiko.
Daripada jadual didapati nilai min keseluruhan tahap tingkah laku agresif remaja
berisiko ialah 2.80, iaitu berada pada tahap sederhana. Item 12 mempunyai nilai min

