Page 82 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 82

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 74

               keberkesanan satu program khas iaitu Program STEAM ‘Silver Care Expert’ dalam
               meningkatkan perspektif masa depan pelajar sekolah serta kesedaran kerjaya murid.

                       Berbanding dengan kajian di Malaysia,  kebanyakkan kajian hanya tertumpu
               pada program intervensi kesedaran kerjaya di peringkat sekolah menengah (Mohd Ali,
               2010; Rohany & Lee, 2012; Tan Tai, 2014; Nur Hafizah, 2017). Hal ini dapat kukuhkan
               dengan  kajian  berkaitan  aspek  perkembangan  kerjaya  lain  yang  hanya  berfokus
               kepada  pelajar  diperingkat  sekolah  menengah,  kolej  dan  pengajian  tinggi  (Talib,
               Salleh, Amat, Ghavifekr, & Ariff, 2015). Menerusi sorotan literatur ini menunjukkan
               bahawa  kajian  yang  memberi  fokus  kepada  kesedaran  kerjaya  murid  di  sekolah
               rendah di Malaysia masih kurang terwakili.

                       Disamping itu, Azlina dan Zaliza (2018) dalam kajian meraka juga menyatakan
               bahawa  maklumat  kerjaya  perlu  didedahkan  kepada  murid  dengan  bermula  dari
               peringkat  sekolah  lagi  bagi  meningkatkan  tahap  kesedaran  kerjaya  murid.  Namun
               kajian tersebut juga berfokus hanya untuk meneroka tahap kesedaran kerjaya untuk
               pelajar  Tingkatan  Enam.  Meskipun  pendekatan  teori  perkembangan  kerjaya,
               beberapa kajian luar serta dokumen KPM menegaskan bahawa pendidikan kerjaya
               perlu  bermula  pada  peringkat  kanak-kanak  (Super,  1957;  Briddick  et  al,  2018;
               Coogan, 2016), namun sehingga kini kajian untuk meningkatkan pengetahuan serta
               kesedaran  kerjaya  golongan  kanak-kanak  di  Malaysia  iaitu  murid  sekolah  rendah
               masih kurang.

                       Tahap  kesedaran  kerjaya  perlu  dikenal  pasti  supaya  guru  bimbingan  dan
               kaunseling di sekolah dapat penyampaian yang efektif agar murid membentuk laluan
               kerjaya yang lebih jelas. Hal ini juga dapat memberi gambaran awal berkenaan dunia
               pekerjaan kepada murid. Hal ini dianggap penting kerana kesedaran murid termasuk
               mengenai  potensi  diri,  bakat,  kelayakan  akademik  dan  minat  kerjaya  murid  dapat
               diperkembangkan selari dengan kehendak pekerjaan yang akan diceburi kelak.



               OBJEKTIF KAJIAN

               Berdasarkan  penyataan  masalah  kajian  yang  dinyatakan,  pengkaji  telah  memilih
               sebuah sekolah rendah di Negeri Sembilan untuk mengukur tahap kesedaran murid
               di sekolah berkenaan. Secara amnya, objektif kajian ini adalah seperti berikut:
                   1.  Untuk mengenal pasti tahap kesedaran kerjaya murid sekolah rendah SK Jijan,
                       Nilai.



               PERSOALAN KAJIAN

               Berdasarkan permasalahan kajian, persoalan yang timbul adalah:
                   1.  Apakah tahap kesedaran kerjaya murid sekolah rendah SK Jijan, Nilai?
   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87