Page 84 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 84

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 76

               kajian ini pengkaji akan membahagikan tiga bahagian skala pemarkahan bagi skor
               kesedaran kerjaya seperti dalam Jadual 1 berikut:

               Jadual 1: Skala Pemarkahan IKK

                Skor markah                                 Skala pemarkahan

                0 hingga 69 markah                          Rendah

                70 hingga 94 markah                         Sederhana
                95 hingga 125 markah                        Tinggi



               Pengumpulan Data
               Pengumpulan  data  dijalankan  dengan  menggunakan  kaedah  tinjauan  soal  selidik.
               Soal  selidik  iaitu  Inventori  Kesedaran  Kerjaya  (IKK)  diberikan  kepada  55  orang
               responden  untuk  dijawab.  Responden  diberi  masa  selama  1  jam  30  minit  untuk
               menjawab  semua  soalan.  Melalui  soal  selidik  ini,  tahap  kesedaran  kerjaya  murid
               Tahun 5 dan Tahun 6 SK Jijan dapat dikenal pasti.

               Analisis Data
               Data-data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social
               Sciences (SPSS) untuk mengenalpasti tahap kesedaran kerjaya murid Tahun 5 dan
               Tahun 6 SK Jijan. Data analisis yang menggunakan teknik statistik berbentuk analisis
               deskriptif. Peratus, kekerapan, min dan sisih piawai digunakan bagi menghurai data
               yang dikumpulkan.



               DAPATAN KAJIAN

               Bahagian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesedaran kerjaya murid tahun 5
               dan  tahun  6  SK  JIjan.  Laporan  analisis  keputusan  dipaparkan  dalam  bentuk
               kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai seperti yang ditunjukkan dalam Jadual
               2. Data dapatan kajian dinyatakan seperti dalam Jadual 2 berikut:

               Jadual 2: Tahap Kesedaran Kerjaya Murid Tahun 5 & 6, SK Jijan

                Tahap                      Kekerapan       Peratus (%)        Min       Sisihan Piawai
                Rendah (0 – 69)            9               16.36              2.07      0.63
                Sederhana (70 – 94)        33              60.00
                Tinggi (95 – 125)          13              23.64
                Jumlah                     55              100

               Dapatan kajian yang diperolehi mendapati skor murid tahun 5 dan tahun 6 SK Jijan
               memperolehi 60% dengan kekerapan 33 orang murid berada pada tahap sederhana
               untuk  skor  kesedaran  kerjaya.  Manakala  sebanyak  23.64%  dengan  kekerapan  13
   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89