Page 81 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 81

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 73

               murid  di  sekolah.  Hal  ini  merujuk  kepada  surat  siaran  Kementerian  Pendidikan
               Malaysia (KPM) (2012), pihak KPM telah menetapkan supaya fokus Perkhidmatan
               Bimbingan dan Kaunseling di sekolah termasuk sekolah rendah adalah berdasarkan
               kepada (a) pembangunan dan pengembangan sahsiah murid; (b) peningkatan disiplin
               diri murid; (c) pendidikan kerjaya murid; dan (d) psikososial dan kesejahteraan mental
               murid.

                       Pendidikan kerjaya sangat penting di sekolah, kerana ia mampu mewujudkan
               jalan menuju kejayaan yang lebih jelas. Jika proses ini dimulakan lebih awal ianya
               dapat memantapkan kepercayaan murid tentang betapa pentingnya hubungan antara
               pencapaian  akademik  dan  tujuan  masa  depan,  seterusnya  mampu  menjadi  faktor
               pendorong  prestasi  akademik  murid.  Pendidikan  kerjaya  salah  satu  usaha  untuk
               meningkatkan motivasi murid dan pembentukan konsep kendiri murid.

                       Selain dapat membentuk identiti diri, pendidikan kerjaya juga dapat memberi
               kesedaran  mengenai  kerjaya  kepada  murid.  Kesedaran  kerjaya  bermaksud
               mendapatkan maklumat berkenaan aliran kerjaya dan peluang pekerjaan (Tan Tai,
               2014). Kesedaran kerjaya bukan sahaja dapat mempengaruhi konsep kendiri murid
               sekaligus memotivasikan murid untuk mempunyai matlamat kerjaya yang lebih jelas
               (Rohany  dan  Lee,  2012).  Selain  itu,  kesedaran  kerjaya  penting  bagi  kanak-kanak
               untuk membuat  mereka menyedari  kekuatan  dan  kelemahan  serta  kemahiran  dan
               pengetahuan  yang  diperlukan  untuk  mencapai  matlamat  kerjaya  mereka  di  masa
               hadapan.




               PENYATAAN MASALAH

               Kesedaran kerjaya adalah pengetahuan mengenai pelbagai aspek dunia pekerjaan
               seperti  jenis dan  bidang-bidang  pekerjaan, persekitaran  pekerjaan  serta  maklumat
               tentang faedah yang diperoleh daripada sesuatu pekerjaan (Eliason & Patrick, 2008).
               Rohany dan Lee (2012) menyatakan bahawa kesedaran kerjaya bukan sahaja dapat
               mempengaruhi  konsep  kendiri  murid  sekaligus  memotivasikan  murid  untuk
               mempunyai matlamat kerjaya yang lebih jelas.

                       Kajian  berkaitan  perkembangan  kerjaya  termasuk  kesedaran  kerjaya  murid
               sekolah rendah telah banyak dilakukan dan semakin meningkat di luar negara (Knight,
               2015;  Mariani  et  al.,  2016;  Briddick,  Sensoy-Briddick  &  Savickas,  2018;  Tracey  &
               Caulum, 2015; Ferrari, 2015; Nazli, 2013). Sebagai contoh, Carvalho, Pocinho, dan
               Fernandes (2018) dalam kajian mereka telah menganalisis keberkesanan intervensi
               kerjaya  berasaskan  sekolah  yang  bertujuan  untuk  memupuk  kesedaran  kerjaya
               kanak-kanak sekolah rendah di Portugal. Beale (2000), menggunakan pendekatan
               lawatan ke tempat kerja sebagai intervensi kesedaran kerjaya murid sekolah rendah
               di sekitar Virginia. Selain itu, Yoo et al. (2017), dalam kajiannya yang melibatkan 110
               orang  murid  di  beberapa  buah  sekolah  rendah  di  Korea  telah  membuktikan
   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86