Page 80 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 80
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 72
intervention should be used in an effort to increase the level of career awareness of
students.
Keywords: career awareness, career education, primary school students
PENDAHULUAN
Dalam era revolusi 4.0, ekonomi global telah menuntut pelbagai kemahiran dan
potensi yang seiring dengan pertumbuhan teknologi baru yang seperti cendawan yang
tumbuh selepas hujan yang juga mempengaruhi pasaran tenaga kerja kini. Hal ini
tidak terkecuali bagi negara kita. Menurut Coogan (2016) dan Richard (2005),
kebanyakan negara-negara membangun memberikan tumpuan yang tinggi terhadap
perkembangan kerjaya untuk kanak-kanak dan remaja kerana kemungkinan
kesannya terhadap pasaran buruh. Untuk bersaing di pasaran buruh masa depan,
murid perlu meningkatkan kemahiran dan potensi diri serta mula meneroka kerjaya
seawal sekolah rendah (Knight, 2015). Oleh itu, mempersiapkan murid kita seawal
peringkat sekolah rendah dapat bermanfaat di banyak peringkat.
Dalam teori perkembangan kerjaya Super menegaskan bahawa
perkembangan kerjaya perlu bermula dari peringkat kanak-kanak serta boleh dipupuk
melalui pendidikan kerjaya bermula di peringkat sekolah (Mohd Ali, 2010). Hal ini
kerana, tempoh masa kanak-kanak dan remaja dianggap sebagai tahun persediaan
untuk alam dewasa (Gomez, 2019). Dengan adanya pengetahuan berkaitan kerjaya
diperingkat awal ini akan dapat membantu kanak-kanak mencorak matlamat masa
hadapan yang lebih jelas serta bersedia melangkah ke peringkat lebih tinggi.
Intervensi kerjaya di peringkat sekolah rendah membolehkan kanak-kanak peka
tentang kemahiran, kebolehan, dan minat mereka dan bagaimana ciri-ciri tersebut
mempengaruhi matlamat kerjaya masa depan mereka (Cerrito, Trusty & Behun,
2018).
Selain itu, pendedahan dan kesedaran adalah matlamat utama untuk
perkembangan kerjaya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja (Andersen &
Vandehey, 2012). Melaksanakan program perkembangan kerjaya bermula peringkat
sekolah rendah dapat menyediakan kanak-kanak dengan lebih banyak masa untuk
mempraktikkan kemahiran berfikiran kritis yang diharapkan dan diperlukan untuk
berjaya dalam semua pekerjaan terutama dalam ekonomi global abad ke-21 ini
(Coogan, 2016).
Dunia pendidikan juga perlu seiring untuk meningkatkan usaha dalam
menghadapi cabaran dalam alam pekerjaan serta perubahan-perubahan yang
berlaku. Bagi membentuk perkembangan kerjaya, konsep kendiri serta motivasi
murid, pendekatan yang lebih proaktif perlu dilakukan seperti pemerkasaan
pendidikan kerjaya di sekolah. Tambahan pula, telah menjadi salah satu
tanggungjawab kaunselor sekolah untuk menyampaikan pendidikan kerjaya kepada

