Page 86 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 86

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 78


                       Pihak sekolah dan kaunselor sekolah perlu memainkan peranan penting dalam
               menyediakan aktiviti untuk menyampaikan maklumat yang jelas dan membantu murid
               meneroka  tentang  kerjaya  (Blackhurst  &  Auget,  2008).  Selain  itu,  ibu  bapa  juga
               menggalas  tugas  dalam  memberi  pendedahan  awal  berkaitan  kerjaya,  maklumat
               semasa  tentang  dunia  sebenar  pekerjaan  serta  kepentingan  kesedaran  kerjaya
               kepada anak-anak. Hal ini mampu memberi impak positif yang dapat mempengaruhi
               perkembangan kerjaya murid dan perancangan kerjaya mereka di masa hadapan.
               Mariani et al. (2016) mendapati bahawa diperingkat sekolah rendah, murid berada
               pada masa yang sangat penting dimana kepercayaan tentang kerjaya dan aspirasi
               kerjaya mulai dibentuk.

                       Schultheiss (2008) berpandangan bahawa walaupun kanak-kanak tidak perlu
               untuk membuat pilihan pekerjaan secara segera, namun kesedaran berkaitan kerjaya
               akan  memberi  manfaat  dalam  mengembangkan  pemahaman  yang  bermakna
               mengenai hubungan pembelajaran berasaskan sekolah dengan kerjaya masa depan
               mereka. Kenyataan tersebut disokong dengan kajian oleh Nazli (2013) yang melihat
               perkembangan  kerjaya  murid  di  14  buah  sekolah  rendah  di  Turki.  Dalam  kajian
               tersebut  mendapati  bahawa  murid  menyedari  ciri-ciri  pekerjaan  yang  diminati  dan
               mereka dapat mengaitkannya dengan kerjaya.

                       Menurut Gorton (2015), ahli teori perkembangan kerjaya mencadangkan agar
               kanak-kanak  mula  membentuk  idea  mengenai  kerjaya  sebelum  prasekolah  dan
               kemudian  terus  membentuk  idea-idea  ini  sepanjang  tahun  persekolahan  mereka.
               Beberapa  pengkaji  sebelum  ini  juga  menyokong  bahawa  pendidikan  kerjaya  perlu
               bermula pada awal kanak-kanak, dan meluas hingga dewasa, sehingga seseorang itu
               mampu  membentuk  atau  menentukan  tujuan  serta  pilihan  kerjaya  mereka  sendiri
               (Moynihan,  2015;  Dimakakou,  2013).  Justeru  itu,  murid  mesti  mengetahui  terlebih
               dahulu mengenai kerjaya itu melalui pendedahan maklumat berkaitan dunia pekerjaan
               sebenar di sekolah, keluarga mahupun orang disekitarnya.

                       Namun begitu, kajian ini mempunyai beberapa limitasi kajian. Limitasi pertama
               kajian ini adalah kajian ini hanya dijalankan di sebuah sekolah sahaja sebagai lokasi
               kajian iaitu SK Jijan, Nilai. Kajian ini juga hanya kajian deskriptif yang melibatkan saiz
               sampel atau responden yang sedikit. Oleh itu, pengkaji akan datang juga disyorkan
               untuk  melibatkan  lebih  ramai  murid  sekolah  rendah  daripada  pelbagai  sekolah  di
               seluruh  Malaysia.  Selain  itu,  pengkaji  akan  datang  direkomendasi  untuk
               memperluaskan  lagi  skop  kajian  seperti  mengenalpasti  beberapa  faktor  yang
               berpontensi mempengaruhi tahap kesedaran kerjaya murid sekolah rendah.

               KESIMPULAN

               Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kesedaran kerjaya murid Tahun 5
               dan 6  sekolah  rendah  SK  Jijan,  Nilai. Walaupun  kajian  ini tidak mewakili populasi
   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91